Mereka yang berusaha bersungguh2 mengelirukan dan meragukan umat manusia juga berhujah bahawa perkataan “دجلة البصرة Dajlatul Basrah” bermaksud “Dajal Basrah” di dalam hadis pertama di atas. Tetapi pada hakikatnya mereka ini lupa bahawa kaedah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan menetapkan bahawa kata singular (mufrad) bagi perkataan Dajal adalah “دجال Dajjaal”, manakala kata plural (jama’) bagi Dajal adalah “دجالون atau دجاجلة”. Perkataan “دجلة” yg difahami oleh umat Arab adalah sungai Dijlah atau Tigris.
Jadi, dimanakah tatabahasa Arab yang mereka agung2kan bila membicarakan tentang kebenaran dan sekaligus memutarbelitkan kata2 Imam as mengikut selera hawa nafsu mereka???