SAYYED AHMAD AL YAMANI ADALAH DAJJAL BASRAH?

PERIHAL BASRAH DAN PERISTIWA BERKAITAN

حدثنا محمد بن القاسم عن محمد بن عبد الله عن جعفر بن محمد ع أنه قال: إن لنا
بالبصرة وقعة عظيمة
Imam Jaafar Bin Muhammad AS bersabda: “Kami punyai untuk kami di Basrah, peristiwa yang besar“.

Rujukan: Malahem Wal Fitan p.134
“Kami” di sini merujuk kepada Ahlulbayt AS

 

=====
وقال عليه السلام في خطبته الطتنجية … وذلك إذا دهم البلاء الزوراء وتتصل البلايا والرزايا بالعالم فيقتل الأنباط وجبابرتها ويملكون ديارها وذراريها وكم يكون الثاني عشر في عشرها الأوّل ظهور الديلم واجباًوجيلان وقوم من خراسان يملكون التبريز ويؤمرون الأمير ويضطرب العراق بهم والعجب كل العجب من الأربعين الى الخمسين من نوازل وزلازل وبراهين ودلائل إذا وقعت الواقعة بين همدان وحلوان ويقتل خلق في حلوان الى النهروان ويزول ملك الديلم يملكها أعرابي وهو عجمي اللسان يقتل صالحي ذلك العصر وهو أول الشاهد ثم في العشر الثالث من الثلاثين تقبل الرايات من شاطئ جيحون لفارس ونصيبين تترادف إليهم رايات العرب فينادي بلسانهم بقدر مجرى السحاب ونقصان الكواكب وطلوع القطر التالي الجنوب كغراب الأبنور وزلازل وهبات وآيات هنالك يوضح الحق ويزول البلاء ويعز المؤمن ويذل الكافر المخالف ويملك بحار الكوفة البريء منهم لا المتغلبين في ألا إنّهم طغاة مردة فراعنة وتكون بنواحي البصرة حركة لست أذكرها ويظهر العرب على العجم ويعدلون بالأهواز من دون الناس وكم أشياء أخفيتها لا يطيقها الوعي ولا يصبر على حملها وأمور قد أهملتها خوفاً أن يقال متى علمتها ؟ .

Imam Ali AS bersabda: “Akan ada disekeliling Basrah satu gerakan yang tidak akan aku sebutkan. Dan Arab akan memprotes ke atas Parsi, dan mereka akan tinggal di Ihwaz tanpa menghiraukan orang lain. Dan betapa banyak perkara yang aku sembunyikan di mana akal tidak dapat memahami dan kesabaran tidak dapat membawanya serta urusan yang aku abaikan, kerana risau sesetengah akan berkata “Dimana kamu mendengar perkara ini?” Dan aku mendakwah dengan sasaran yang rendah seperti yang telah diarahkan ke atas ku.”

Rujukan: Maza Qala Ali Fi AKhiruzaman, p.504 Khutbah Tatanjya

Hadis ini jelas menunjukkan ada beberapa perkara yang diketahui Imam Ali AS namun tidak dibongkarkan kerana Nabi SAW telah mengarahkan beliau agar tidak berbicara tentangnya.

Manusia akan mempersolkan mengapa Imam Ali AS menyatakan perkara ini:

Imam Ali AS bersabda: “Akan ada disekeliling Basrah satu gerakan yang tidak akan aku sebutkan.” Maza Qala Ali Fi AKhiruzaman, p.504 Khutbah Tatanjya

 

قال الامام علي ع : الا وان اولهم من البصره واخرهم من الابدال .  بشارة الاسلام ص 148
Imam Ali (a.s) ketika dia membicarakan tentang sahabat-sahabat Imam keduabelas: “Yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basra dan yang terakhir dari mereka adalah dari Ibdaal.” [Bisharat Al Islam, ms 148]

 

Baik, di sini disebutkan bahawa, sahabat terawal Imam Mahdi AS adalah dari Basrah
قال الامام الصادق ع: ومن البصره عبدالرحمن به الاعطف بن سعد واحمد ومليح وحماد بن جابر
ص 232 بشارة الاسلام
Imam Jaafar (a.s) telah berkata ketika membincangkan tentang Sahabat-sahabat Imam Mahdi (a.s): “Dan dari Basra adalah Abdul Rahman, Ahmad dan Maleeh.” [Bishara Al Islam, ms 181]

Hadis di atas menunjukkan bahawa Ahmad adalah dari sahabat Imam Mahdi AS di Basrah. Adakah sekadar kebetulan Ahmad ini disebutkan di dalam wasiat Nabi SAW, dan digelar Awwalul Mukminin? Sudah pasti tidak. Wasiat Nabi SAW secara jelas menunjukkan Ahmad adalah mukmin pertama, dan hadis lain menunjukkan sahabat Imam Mahdi AS yang pertama berasal dari Basrah, dan Ahmad adalah dari kalangan mereka yang berasal dari Basrah.

Imam Jaafar (a.s) berkata: “Sohibul Amr akan mendapat tempat di Basrah.” [Al Haft Al Sharif, ms 175]

 

وقال (عليه السلام): لا بد من رحى تطحن فإذا قامت على قطبها وثبتت على ساقها بعث الله عليها عبدا عنيفا خاملا أصله، يكون النصر معه أصحابه الطويلة شعورهم، أصحاب السبال، سود ثيابهم، أصحاب رايات سود، ويل لمن ناواهم، يقتلونهم هرجا، والله لكأني أنظر إليهم وإلى أفعالهم، وما يلقى الفجار منهم والأعراب الجفاة يسلطهم الله عليهم بلا رحمة فيقتلونهم هرجا على مدينتهم بشاطئ الفرات البرية والبحرية، جزاء بما عملوا وما ربك بظلام للعبيد
Imam Ali (a.s) di atas mimbar Kufah, berkata: “Di sana pasti terdapat penggiling yang akan menghancurkan dan apabila gandarnya mula bergerak, Allah akan mengutuskan hamba gasar, yang tidak diketahui asal-usulnya, kejayaan akan bersamanya, para sahabatnya akan mempunyai rambut yang panjang, Ashabul Sibal, pakaian mereka hitam, Ashab Panji Hitam. Celakalah sesiapa yang menentang mereka, mereka akan dibunuh, demi Allah seolah-olah aku sedang melihat mereka dan amalan mereka, dan apa yang akan dilihat oleh pelaku kejahatan dan bangsa Arab yang tidak berakhlaq. Allah akan membuatkan mereka bangkit ke atas mereka tanpa sebarang belas kasihan, mereka akan membunuh mereka di bandar mereka sendiri, di persisiran Furat kawasan laut dan kawasan gurun.” (Ghaybat Al Nu’mani, ms 265]

 

Persisiran Furat kawasan laut dan kawasan gurun adalah Basrah. Dan sila ambil perhatian pada hamba gasar yang tidak diketahui asal usulnya, dan para sahabatnya adalah sebahagian dari pasukan panji hitam. Boleh rujuk dua artikel berikut:

 

  1. Siapa Lelaki Yang Menggandar Pedang Sebelum Imam Mahdi AS
  2. Sahibul Amr Berperang Selama 8 Bulan Sebelum Imam Mahdi

 

قال امير المؤمنين ع في ذكر علامات اخر الزمان:…ثم تخرج بعد ذللك العرب ويخرج صاحب علم اسود على البصرة فتقصده الفتيان الى الشام.
Amirul Mukminin (a.s) telah berkata mengenai tanda-tanda akhir zaman: “Dan selepas itu orang-orang Arab akan bangkit, dan bangkitnya seorang lelaki dengan bendera hitam dari Basrah, yang akan menuju ke Sham bersama-sama dengan pemuda-pemudanya.” [Alamat Akhir Al Zaman min Ali ibn Abi Talib oleh Ali Ashoor, ms274]

 

قال: حدثنا نعيم، حدثنا محمد (3) بن عبد الله أبو عبد الله التاهرتي عن عبد الرحمن بن زياد بن أنعم عن مسلم بن يسار عن سعيد بن المسيب، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (خرج من المشرق رايات سود لبني العباس، ثم يمكثون ما شاء الله، ثم تخرج رايات سود صغار تقاتل رجلا من ولد أبي سفيان وأصحابه من قبل المشرق، ويؤدون الطاعة للمهدي) (1).
“Rasulullah (sawas) telah bersabda: “Seorang lelaki dari timur dengan bendera-bendera hitam kecil akan membunuh lelaki Sham, dan dia adalah seorang yang mentaati Al Mahdi (a.s).” [Al mahdi Al Maw’ood Al Muntazhar, bab 30, ms 328]

Kesimpulan setakat ini:

 

  • Basrah akan menyaksikan banyak kejadian yang besar untuk Ahlulbait AS
  • Sahabat pertama Imam Mahdi AS adalah dari Basrah, dan bernama Ahmad
  • Wasiat Nabi SAW menyebutkan Ahmad sebagai Mahdi Pertama dan Mukmin Pertama
  • Sohibul Amr akan mendapat tempat di Basrah
  • Basrah juga akan menjadi tempat kebangkitan lelaki bersama panji hitam, yang tidak dikenali asal usulnya
  • Beliau adalah orang yang mentaati Imam Mahdi AS dan membunuh Sufyani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s