SAYYED AHMAD (AL YAMANI) [as] VS BASYAR

Sedikit persoalan …. Sayyed Ahmad Al Hassan as adalah manusia biasa seperti juga Basyar…bagaimana dikatakan ketuanan Allah…Apakah perbezaannye..adakah Imam Ahmad Al Hassan berbeza kerana karamahnya..????Bukankah Allah menjadikan manusia sbg khalifah di muka bumi yg merujuk kpd ketuanan…sekadar pertanyaan yg memerlukn pnjelasan..JAWABAN:

Firman Allah SWT:

 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. (Al Baqarah: 30)

 

Bagi mereka yang mengatakan bahawa ayat ini bermaksud setiap manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi iaitu mereka bertindak bagi pihak Allah untuk memakmurkan muka bumi ini dengan binaan-binaan dan tanaman-tanaman. Maka bagi mereka persoalan ini, apakah Allah SWT itu petani atau pekerja binaan? Bukankah Allah SWT itu adalah Pencipta sekalian makhluk, Pemilik mereka dan Pemerintah sebenar mereka? Maka barangsiapa yang ditentukanNYA selaku khalifah akan bertindak bagi pihakNYA di atas muka bumi ini kerana mereka adalah pemerintah dan pelaksana hukumNYA, dan Allah SWT adalah Empunya pemerintah (Malik al-Mulk).

 

Sekiranya benar khalifah Allah di atas muka bumi adalah untuk setiap manusia sepetimana dakwaan mereka, maka Daud a.s juga adalah di kalangan manusia tetapi kenapa perlu Allah SWT mengulangi pernyataanNYA sekali lagi dalam ayat ini:

 

“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah” (surah al-Sad; ayat 26).

 

Ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa khilafah meliputi hak pemerintahan dan perlaksanaan hukum Allah kerana merekalah yang melaksanakan hukuman Allah SWT di atas muka bumi ini.Menyamakan Bashar Al Assad dengan Imam Ahmad Al Hassan as adalah tidak kena sama sekali kerana ianya serupalah menyamakan Musa as dengan Firaun, Ibrahim as dengan Namrud dan Muhammad sawas dengan Abu Jahal. Ini kerana khalifah Allah di kalangan nabi, rasul dan wasi adalah dengan lantikan Allah SWT dan selain mereka adalah dengan lantikan manusia. Nama2 mereka as dinaskan oleh SWT bermula dari Adam as dan kemudiannya dinaskan oleh khalifah Allah sebelumnya dengan perintah Allah kepada khalifah Allah seterusnya melalui wasiat. Ini adalah peraturan pertama dalam mengenal khalifah Allah iaitu nama mereka mesti dinaskan dengan jelas.Seterusnya dalam peristiwa perlantikan Adam sebagai khalifah Allah di bumi yang naskan namanya di hadapan oleh para Malaikat dan Iblis, maka Allah mengajarkan pula Adam a.s dengan ilmu-ilmu yakni keseluruhan nama-nama Ketuhanan dan perintahkan Adam as untuk membentangkan nama-nama tersebut di hadapan para Malaikat untuk menunjukkan bahawa Allah lebih Mengetahui tentang lantikanNYA berbanding makhluk lainnya. Ini adalah peraturan kedua iaitu khalifah Allah adalah yang paling berilmu berbanding makhluk lainnya.

Manakala peraturan ketiga, setelah Allah menetapkan nama dan memperlengkapkan khalifah lantikanNYA dengan ilmu, maka Allah mengarahkan para makhluk untuk sujud iaitu tunduk dan patuh kepada Adam as. Semua Malaikat sujud kepada Adam as melainkan Iblis laknatullah alaih kerana dia merasakan dirinya yang diciptakan daripada api lebih baik berbanding Adam as yang diciptakan dari tanah.

 

Inilah yang dinamakan sebagai Hakimiyyah Allah atau Ketuanan Allah iaitu kepatuhan dan ketaatan kepada khalifah lantikan Allah di muka bumiNYA ini. Atau dengan kata lainnya mengakui bahawa Allah adalah penetap hukum-hakam syariat dan DIA jugalah yang menentukan pelaksana bagi segala hukum-hakam syariatNYA di muka bumiNYA ini. Allah tidak pernah berkongsi hak ini dengan sesiapa pun hattakan dengan Malaikat yang mempersoalkan lantikan Allah pada mulanya, tetapi akhirnya akur dengan khalifah pilihan Allah SWT. Berbanding dengan Iblis laknatullah alaih yang berterusan mengingkari khalifah Allah ini dan seterusnya dihumban keluar dari syurga Allah.

 

Dari peristiwa Iblis laknatullah alaih ini, kita dapat mempelajari sesuatu bahawa segala amalan dan ilmu yang kita miliki walau sebanyak mana pun adalah sia-sia apabila tidak disertakan dengan ketundukan kepada khalifah lantikan Allah SWT. Sebagaimana sia-sianya segala ilmu dan amalan Iblis laknatullah alaih beribu-ribu tahun sehingga dia digelar Tawoos Al Malaikah, bilamana dia tidak sujud kepada Adam as.Berdasarkan kepada ketiga2 peraturan Allah ini, maka dapatlah ditetapkan bahawa Ahmad Al Hassan as adalah salah seorang daripada khalifah lantikan Allah apabila nama dia disebutkan dan dinaskan dalam wasiat terakhir Rasulullah (sawas) pada malam kewafatan baginda. Beliau as adalah yang paling berilmu dalam kitab-kitab samawi selepas ayahandanya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askariy as. Malah beliau as mencabar ulama2 dari ketiga2 agama samawi untuk berdebat dengan beliau, yang sehingga kini belum terjawab. Beliau as juga adalah satu-satunya yang menyeru kepada panji Ketuanan Allah ketikamana ulama2 lainnya dan keseluruhan umat berpusu-pusu mengajak kepada panji ketuanan manusia yang berasaskan demokrasi, pilihanraya, shura dan sebagainya. Namun bagi orang yang menentang dakwah Ahmad Al Hassan as, maka cukuplah kisah para Malaikat dan Iblis laknatullah alaih menjadi pengajaran buat mereka, kerana para Malaikat adalah dari kalangan mereka yang ingkar pada mulanya tetapi akhirnya akur dengan khalifah pilihan Allah SWT. Berbeza dengan Iblis laknatullah alaih yang berterusan menentang khalifah pilihan Allah SWT. Maka pilihan adalah ditangan manusia itu sendiri samada mereka ingin tunduk patuh atau berterusan menentang khalifah lantikan Allah SWT, dan menerima nasib yang sama seperti Iblis laknatullah alaih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s