KENAPA IMAM MAHDI MEMILIH SAYYED AHMAD SEBAGAI UTUSAN BELIAU?

Soalan 3: Apakah kualiti yang menjadikan anda layak untuk tugasan ini? Atau kualiti yang membezakan anda daripada Syiah yang lain, yang membuatkan Mahdi anda memilih anda sebagai wakilnya?
Rita George,
25/Rabi 1/1426 H
Jawapan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Apabila Allah berfirman kepada Musa AS: Apabila kamu datang untuk bermunajat, maka bawalah teman bersama kamu,  yang kamu adalah lebih baik darinya.

Jadi apabila Musa(as) melihat seseorang, beliau tidak berani untuk mengatakan dirinya lebih baik dari orang tersebut, jadi beliau mula mempertimbangkan spesis kalangan haiwan, hinggalah apabila beliau melihat seekor anjing kurap , lantas berkata: Inilah yang akan menemaniku. Jadi beliau melilitkan tali di leher anjing tersebut dan berpergian dengannya, namun di pertengahan jalan, Musa melihat kepada anjing tersebut dan berkata: Aku tidak tahu dalam bahasa apa kamu memuji Allah, jadi bagaimana aku boleh jadi lebih baik dari kamu?  Kemudian Musa AS melepaskan anjing tersebut dan pergi bermunajat.

Tuhan berfirman: “Wahai Musa, mana dia yang telah Aku perintahkan pada mu?” Jadi Musa menjawab: “Wahai Tuhan, aku tidak menjumpainya (yang lebih rendah darjat)”.  Lalu Tuhan berfirman: “Wahai anak Imran, jika kamu tidak melepaskan anjing tersebut, maka akan Ku padamkan nama kamu dari senarai kenabian.”

Dan saya, hamba yang hina, tidak terlintas di mindaku  bahawa saya lebih baik dari anjing kurap, bahkan saya melihat diri saya sebagai dosa besar, di tangan Tuhan yang Maha belas kasihan lagi Maha pengasihani.

 

Ahmad al Hassan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s