SIAPA AL-YAMANI DI SISI IMAM MAHDI?

Kepelbagaian Al Yamani
Figur Al-Yamani telah disebutkan beberapa kali dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) dengan cara yang berbeza-beza. Ianya membolehkan kita memahami perspektif yang berbeza setiap kali. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa “Al-Yamani” yang datang dari Yaman adalah berbeza daripada Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), yang disebut oleh Rasulullah (sawas) dan Imam Al-Baqir (a.s ): “sesiapa yang memberontak terhadapnya adalah dari kalangan ahli neraka,” yang akan menjadi tangan kanan Imam Al-Mahdi (a.s), pemimpin tenteranya dan washi yang akan mengambil ikrar taat setia manusia kepada Imam (a.s). 
Di samping itu, akan terdapat satu lagi “Yamani” yang akan menjadi pemimpin tentera Al-Yamani, dia adalah Yamani kepada Al-Yamani. Dalam konteks ini amat wajar untuk kita perhatikan bahawa revolusi Keluarga Muhammad (a.s) yang bertujuan untuk membuka jalan bagi Al-Qa’im (a.s) adalah Al-Yamani kerana mereka mempunyai asal-usul dan punca dari Yaman. Pemimpin revolusi juga adalah Yamani kerana dia mengikuti Ahlulbayt (a.s) sepertimana figur yang mengikut As-Sufyani adalah Sufyani jua. Seharusnya kita faham bahawa 313 pendokong Imam Al-Mahdi (a.s), kesemuanya adalah Yamani dengan merujuk kepada pemimpin mereka iaitu Al-Yamani, kerana dia adalah yang pertama dari kalangan mereka dan ketua mereka. Oleh itu, apabila salah seorang daripada mereka memulakan revolusi, maka ianya akan dipanggil revolusi Al-Yamani.

 

 

Oleh itu, jangan terkeliru apabila berhadapan dengan riwayat yang menyebutkan beberapa Yamani, kerana Al-Yamani mempunyai beberapa pemimpin. Namun begitu, Al-Yamani yang dikhususkan dengan bai’ah kesetiaan dan orang yang menentangnya akan dihumbankan ke dalam api neraka, adalah salah satu Hujjat Allah di muka bumi dan sekaligus adalah maksum. 

 

Tiada seorang pun dari kalangan para nabi pernah menyeru agar berikrar setia kepada seseorang yang tidak maksum, jadi bagaimana utusan yang paling penting dan kekasih Tuhan sekalian alam meminta agar memberi bai’ah kepada orang yang tidak maksum? Sedangkan dalam masa yang sama, kita didatangkan dengan riwayat yang meminta semua orang yang melihat atau mendengar tentang Al-Yamani, penyeru (dai’e) Ahlulbayt (a.s) agar berbai’ah kepadanya dan menyokongnya.
Dalam buku ‘Asr Al-Dhuhoor oleh Sheikh Al-Kurani, telah disebutkan beberapa kemungkinan mengenai revolusi Al-Yamani. Berikut adalah teks yang berkaitan:
[Revolusi Al-Yamani mungkin lebih mendapat petunjuk disebabkan dasarnya yang meyakinkan dengan sistem eksekutifnya, samada dalam memilih hanya orang yang setia dan taat sahaja, atau sentiasa memeriksa dan tegas kepada mereka. Dasar ini adalah dasar yang diperintah oleh Islam ke atas setiap pemerintah untuk dilaksanakan kepada pegawai-pegawainya, sepertimana yang dilakukan oleh Amirul Mukminin (a.s) kepada pegawainya di Mesir iaitu Malik Al Ashtar (r.a) pada masa pemerintahannya. Sebagaimana yang diriwayatkan tentang sifat-sifat Al-Mahdi bahawa dia adalah seorang yang tegas dengan pegawai-pegawainya dan amat belas kasihan terhadap orang-orang miskin. Walau bagaimanapun, Iran tidak menerima pakai dasar ini dan tidak menghukum pegawai-pegawai yang mengabaikan atau mengkhianati kepentingan umat Islam di khalayak ramai, agar dapat menjadi pengajaran buat orang lain. Mereka khuatir ini akan melemahkan Republik Islam yang mewakili Islam. Barangkali panji Al-Yamani lebih mendapat petunjuk untuk konsep Islam di peringkat antarabangsa dan pertimbangannya bukan pada sub-sub topik, kefahaman dan konsep kontemporari sedia ada, yang diyakini dan wajib dipatuhi oleh revolusi Islam Iran.
Walau bagaimanapun, sebab yang lebih kuat dan utama di sebalik hakikat revolusi Al-Yamani ini adalah lebih mendapat hidayah kerana ia mendapat keistimewaan yang terus dibimbing oleh Al-Mahdi (a.s) dan ia adalah satu pelan pergerakan Imam (a.s); iaitu bahawa Al-Yamani mendapat penghormatan bertemu dan mengambil arahan terus daripada beliau (a.s). Hakikat yang menyokong isu ini adalah hadis-hadis yang berkaitan revolusi Yamani memberi fokus pada memuji figur Al-Yamani, pemimpin revolusi yang membimbing manusia ke arah kebenaran dan menyeru mereka untuk mengikuti Imam mereka. Sepatutnya, tiada muslim yang memberontak terhadapnya kerana sesiapa yang berbuat demikian akan dihumban ke dalam Neraka …]
Selain itu, Al-Kurani merujuk revolusi Iran dan revolusi lainnya yang akan mengambil tempat sebelum kemunculan Imam (a.s) dengan berkata:
Permulaan awal sebegitu yang ditegakkan berasaskan kepada perundangan para ulama dan wakil-wakil politik mereka, tidak disempurnakan dengan syarat kesucian dan kejelasan, sepertimana yang terdapat pada revolusi Al-Yamani yang diberkati dengan bimbingan langsung Imam Al-Mahdi (a.s).
Manakala kemungkinan wujud beberapa Al-Yamani, dan yang terkemudian menjadi Al-Yamani yang dijanjikan, maka riwayat-riwayat menetapkan bahawa kemunculan Al-Yamani yang dijanjikan adalah serentak dengan As-Sufyani ini. Bermakna mereka akan keluar pada tahun yang sama dan bakal menyaksikan kemunculan Al-Mahdi (a.s). Walaupun begitu, terdapat satu lagi riwayat yang shahih, yang diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: [Akan keluar sebelum As-Sufyani, orang Mesir dan Yamani.][1]
Riwayat yang mulia hanya mentakrifkan masa kemunculan Al-Yamani yang pertama adalah sebelum As-Sufyani. Oleh itu, ia mungkin mengambil tempoh yang singkat sebelum kemunculan Al Yamani kedua atau beberapa tahun sebelum itu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Salah satu daripada riwayat –riwayat tersebut adalah (Kaser ‘Aynaho bi Sana’a), yang telah disebutkan dalam Al-Bihar, jilid 52, halaman 245, diriwayatkan daripada Ubaid bin Zarara, diriwayatkan daripada Imam As-Sadiq (a.s), berkata: As-Sufyani telah disebutkan oleh Abu Abdullah (a.s) apabila dia berkata: [Bagaimana dia akan bangkit sedangkan Kaser ‘Aynaho bi Sana’a belum muncul lagi?]. Ini adalah salah satu Hadis yang menarik perhatian, ia disebut dalam sumber peringkat pertama seperti Al-Ghaybah oleh An-Nu’mani dan berkemungkinan shahih. Barangkali peribadi ini akan muncul sebelum As-Sufyani adalah Yamani yang akan membuka jalan bagi Al-Yamani yang dijanjikan seperti yang telah kami sebutkan sebelumnya. Tafsiran (‘Aynaho Kaser) juga mungkin mempunyai beberapa penjelasan, yang paling kuat adalah keterangan simbolik yang sengaja dibuat oleh Imam As-Sadiq (a.s), makna yang hanya boleh dijelaskan apabila sampai masa yang sesuai.[2]
Al-Yamani dari Yaman 
Majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani meletakkan kemunculan Al Yamani sebagai tahap yang sangat penting dalam membuka jalan untuk penubuhan Daulah Keadilan Ilahi telah memberi tumpuan kepada fakta bahawa Negeri Yaman adalah tempat di mana Al-Yamani yang dijanjikan akan memulakan pergerakannya. Majoriti mereka tidak membezakan antara Al-Yamani yang datang dari Yaman dan Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s), pembantu peribadinya yang akan diberikan bai’ah kepadanya, yang mana Ahlulbayt (a.s) menyifatkan Al Yamani mereka secara terperinci. Namun begitu, disebabkan kewajaran mereka (a.s) yang bijak dan Taqiyyah bagi melindungi dia (Al Yamani) dari musuh gerakan kezuhuran yang Suci, maka hadis-hadis bercakap tentang Yamani yang berbeza dari Al Yamani yang dijanjikan. Kekaburan mereka menyebabkan mereka terpaksa berkisar sekitar hakikat bahawa dia adalah dari Yaman. Dalam riwayat-riwayat yang lain, mereka juga menyebutkan beberapa tokoh pelopor, tetapi kebanyakannya merujuk kepada seorang sahaja iaitu Al-Yamani yang akan keluar dari Yaman, yang akan berjuang menentang seorang yang satu matanya tertutup (As-Sufyani), yang akan mengalahkan Al Yamani dari Yaman. 
• Diriwayatkan daripada Abu Jaafar (a.s), berkata: […kemudian, Mansur Al-Yamani akan berarak ke arah mereka dari Sana’a dengan tenteranya, mengamuk dengan bersungguh-sungguh, dan membunuh manusia tanpa belas kasihan (seperti pembunuhan semasa era pra-Islam). Kemudian, dia bertemu seorang yang satu matanya tertutup, dengan panji kuning dan pakaian yang berwarna-warni. Satu pertempuran sengit berlaku di antara mereka, dan kemudian seorang yang satu matanya tertutup, As-Sufyani beroleh kemenangan ke atas beliau …][3]
Manakala Al Yamani yang dijanjikan adalah peribadi yang akan mengalahkan As-Sufyanisepertimana yang dinyatakan dalam kebanyakan riwayat:
• [… Allah menghantar kepada As-Sufyani, pembantu Al-Mahdi dari timur, maka dia membantai As-Sufyani dan membuatkan tenteranya berundur ke Sham …][4]
Bukan lagi rahsia bahawa Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah pemimpin panji dari timur.
Walaupun begitu, Al-Yamani dari Yaman adalah dari keturunan Zaid dan dipanggil Hassan atau Hussein mengikut cerita yang diceritakan oleh peramal Sateeh […kemudian muncul raja dari Sana’a di Yaman, putih seperti salji (kapas putih) yang dipanggil Hassan atau Hussein …][5]
Ini tidak pernah diriwayatkan daripada maksumin dalam apa jua cara pun, dan Sateeh ini adalah salah seorang yang menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Nabi (sawas) dilahirkan. Kematiannya dianggap sebagai antara tanda-tanda baik berhubung dengan kelahiran Nabi (sawas), kerana peramal ini sering mendapatkan beritanya dari jin (iaitu sebelum langit dilindungi dan diharamkan kepada mereka yang mencuri dengar rahsia) Allah SWT berfirman: {Kecuali Syaitan yang curi mendengar percakapan (malaikat di langit), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menyala, yang nyata kelihatan}.[6] Maklumat ini menggabungkan unsur-unsur yang benar dan palsu, dan diketahui bahawa majoriti penyelidik yang mengkaji figur Al-Yamani menyatakan bahawa namanya adalah Hassan atau Hussein tanpa bukti, bahkan memutuskan hal ini semata-mata berdasarkan riwayat Sateeh. Mereka mengambil perkataan peramal sebagai asas perhitungan, di antara mereka ialah Sheikh Ali Al-Kurani dan Sheikh Muhammad As-Sanad yang menganggap maklumat ini sebagai berwibawa seumpama Kalam Allah yang tidak mungkin salah dalam apa jua cara sekalipun. 
Mereka tidak mendengar kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagaimana firman Allah: {Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak) dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan, mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu}.[7] Mereka mengatakan bahawa kata-kata Ahlulbayt (a.s) boleh dipersoalkan atau boleh dikategorikan sebagai shahih atau dhoif dan sebagainya. Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Demi Allah, kalian adalah seburuk-buruk manusia! kalian percaya kata-kata seorang peramal dan kepadanya kalian membina kepercayaan kalian. Bahkan kalian juga menghindar diri daripada kata-kata Ahlulbayt (a.s) yang mendampingi Kitab Allah, yang Rasulullah (sawas) katakan bahawa keduanya tidak berpisah sehingga keduanya bertemu denganku di Haudh.
Al-Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) adalah dinaskan untuk berbai’ah kepadanya sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s) adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Beliau adalah washi dan maksum yang dinaskan untuk diberikan bai’ah kepadanya sepertimana yang diarahkan dan diperintahkan oleh Rasulullah (sawas). Juga dinyatakan bahawa dia adalah dari keturunan Imam Mahdi (a.s) dan namanya adalah Ahmad. Tidak pernah disebutkan dalam wasiat Rasulullah (sawas) yang ditulis pada malam kewafatannnya bahawa dia adalah dari keturunan Zaid. Seorang maksum hanya akan digantikan oleh seorang maksum juga dan dia adalah pengganti (khalifah) bapanya {satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui}.[8]
Disebutkan di dalam riwayat-riwayat:
• Rasulullah (sawas) bersabda: [Tiga orang akan berbunuhan antara satu sama lain di sisi perbendaharaan kamu, kesemua mereka adalah anak-anak khalifah berbeza tetapi tidak seorang pun yang akan menjadi penerimanya. Kemudian, akan keluar panji hitam dari timur dan akan melancarkan pertempuran amat dahsyat terhadap mereka. Seketika itu, baginda menyebut seorang lelaki muda, lalu dia bersabda: apabila kamu melihatnya, maka hendaklah kamu berbai’ah kepadanya kerana dia adalah pengganti (khalifah) Al-Mahdi].[9]
• Diriwayatkan daripada Abu Al-Hassan (a.s), berkata: [Aku melihat panji hijau mara dari Mesir, sehinggalah datang panji dari Sham, maka mereka akan menunjukkan kepada anak pemilik wasiat.][10]
Manakala individu yang dari keturunan Zaid pula:
• Diriwayatkan daripada As-Sadiq (a.s) dalam hadis berkenaan kezuhuran iaitu tanda-tanda Kezuhuran, berkata: [Akan keluar panji dari timur dan satu lagi dari barat, maka penderitaan akan melanda rakyat Zawraa’ (Baghdad) dan seorang lelaki dari keturunan sepupuku Zaid akan keluar dari Yaman …][11]
Kemunculan panji dari timur dan barat yang merujuk kepada Al-Yamani dan As-Sufyani adalah berbeza daripada lelaki dari keturunan Zaid, yang disebut secara berasingan. Tiada apa yang dapat menghalang dia kemudiannya daripada menyertai dan berbaiah kepada panji dari timur yang ditetapkan untuk berbai’ah kepadanya iaitu ketuanya (Al Yamani), dia keluar dan berakhir ketika itu juga seolah-olah dia hanya disebut sebagai salah satu dari tanda-tanda Kezuhuran. 
Beberapa riwayat awam menyebutkan bahawa Al-Yamani dari Yaman adalah Qahtani:
• Dalam kisah-kisah nabi (Qasas Al-Anbia’) yang diriwayatkan oleh Kaab : Isa (a.s) mesti turun ke bumi membawa tanda-tanda dan bencana. Orang pertama yang akan keluar dan menduduki negara adalah Al-Ashab yang datang dari Semenanjung Arab. Kemudian, Al-Jurhumi dari Sham akan keluar, diikuti kemudiannya oleh Al-Qahtani dari Yaman. Kaab Al-Ahbar berkata: Ketiga-tiga mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan, As-Sufyani keluar dari Damsyik.[12]
Pastinya Al-Qahtani yang keluar dari Yaman bukan Al Yamani yang dijanjikan kerana riwayat yang disebutkan di atas bercakap tentang penglibatan beliau dalam perbuatan penindasan: mereka mendapat kedudukan mereka melalui penindasan. Ini tidak cocok buat Al Yamani kepada Imam Mahdi (a.s) kerana dia adalah maksum dan berbaiah kepadanya adalah kewajipan, dia tidak akan membawa manusia kepada kesesatan dan tidak juga menjauhkan mereka dari kebenaran.
Tambahan pula, Al Yamani yang dijanjikan adalah dari keturunan Rasulullah (sawas) yang khusus dari keturunan Imam Mahdi (a.s). Rasulullah (sawas) juga berasal dari adalah keturunan Adnani dan bukan Qahtani. Oleh itu, Al-Yamani Rasulullah (sawas) dari keturunannya adalah Adnani dan bukan Qahtani, bukti ini sahaja sudah mencukupi. Lebih-lebih lagi, pemberontak dari keturunan Zaid sendiri adalah Adnani dan bukannya Qahtani.
Susur galur keturunan Rasulullah (sawas) kembali kepada Adnan sebagai berikut: Baginda (sawas) adalah Abu Al-Qassim Muhammad bin Abdullah bin Abd Al-Muttalib bin Hashim bin Abd Munaf bin Qussay bin Kalab bin Murra bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin An-Nadir bin Kananah bin Khazima bin Mudrika bin Elias bin Muder bin Nizar bin Ma’ed bin Adnan. Terdapat konsensus bahawa susur galur keturunan Nabi kembali sehingga ke Adnan dan selepas itu sehingga ke Adam adalah kontroversi dan tidak terbukti).[13]
________________________________________________________________________
[1] Bihar Al Anwar,jilid 52, ms 210
[2] Kitab Asr Al Dzuhoor oleh Syeikh Al Kurani, ms 146-147
[3] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 515
[4] Sharh Ihqaq Al Haq, jilid 29, ms 620
[5] Bihar Al Anwar, jilid 51, ms 162
[6] Al Hijr: 18
[7] Al An’aam: 25
[8] Ali Imran: 34
[9] Bisharat Al Islam, ms 30.
[10] Al Irshaad, Syeikh Al Mufid, jilid 2, ms 376.
[11] Mustadrak Safinat Al Bahar, jilid 2, ms 483. Fallah Al Sa’il, ms 170-171.
[12] Mu’jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (a.s), jilid 1, ms 483. Sharh Ahqaq Al Haq, jilid 29, ms 530.
[13] Al Majmu’, Muhyiddin Al Nawawi, jilid 1, ms 7.

Tinggalkan komen