KELUARKAN ABU HURAIRAH DARI JALUR PERAWI HADIS!!

Hadith Abu Hurairah

Mereka bersetuju dengan Abu Hurairah dan keistimewaannya mengatasi sahabat-sahabat Nabi SAWA yang lain. Beliau adalah seorang yang paling banyak meriwayatkan hadith Rasulullah SAWA sedangkan beliau tidak tahu membaca dan menulis. Sebagaimana beliau sendiri menyatakannya. Dan kenyataannya itu dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya:”Aku menghadiri satu majlis Rasulullah SAWA…..”Beliau bersabda:”Sesiapa yang membentangkan kainnya sehingga aku melaksanakan bacaanku (doaku), kemudian ia memegangnya kembali, nescaya dia tidak akan melupai sesuatu yang ia dengarnya daripadaku, oleh itu aku membentangkan kainku (burdah) ke atasku sehingga beliau melaksanakan bacaannya (doanya), kemudian aku memegangnya kembali. Demi orang yang diriku ditanganNya. Aku tidak melupai sesuatu yang aku dengar daripadanya.”[1]

Persoalan yang timbul, di manakah tawaran ini dibuat oleh Rasulullah SAWA dan kenapa sahabat-sahabat lain tidak berlumba-lumba bagi mendapatkan keistimewaan ini? Adakah mereka mengesyaki dengan apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAWA? Tentu tidak sekali! Atau mereka tidak mempunyai kain untuk dibentangkan (di hadapan Rasulullah SAWA) sebagaimana ianya telah dibentangkan oleh Abu Hurairah? Bolehkah kita mengemukakan soalan-soalan sedemikian rupa? Atau ianya tidak diizinkan? Atau kita kembali ke zaman-zaman yang silam, dengan mendiamkan diri kerana takut jatuh di dalam kezindiqan atau tidak ada di sebaliknya (zindiq) selain daripada pedang, seksaan atau sebagainya!

Al-Khatib al-Baghdadi menceritakan satu peristiwa di mana hadith Abu Hurairah disebut di hadapan Harun al-Rasyid:”Sesungguhnya Musa berjumpa Adam dan bertanya:”Adakah anda Adam yang telah mengeluarkan kami dari syurga? Seorang lelaki Quraisy bertanya:”Di manakah Adam berjumpa denga Musa?” Lalu Harun al-Rasyid memarahinya dan berkata:”Seksaan atau pedang (pembunuhan). Ini adalah seorang kafir zindiq sedang mencaci hadith Rasulullah SAWA.”[2]

Dari sini kita dapati betapa besar dan bahayanya perkara ini. Lelaki tadi bertanya tentang tempat berjumpa Musa dengan Adam supaya ianya menjadi lebih jelas kepadanya. Mungkin dia tidak tahu akibatnya, lalu dia dituduh dengan zindiq. Kerana dia meminta penjelasan tentang kesulitan yang terdapat di dalam hadith Abu Hurairah, kemudian dia dituduh pula mencaci hadith Rasulullah SAWA.

Bagaimana pula jika dia meminta penjelasan tentang hadith Abu Hurairah yang telah dikeluarkan oleh Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari dan Muslim:

Terjemahan:”Sesungguhnya Neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kakiNya, maka Neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup.”[3]

Sekiranya begitu, adalah menjadi satu kesalahan bagi setiap Muslim yang membersihkan Allah Ta’ala daripada sifat tersebut dengan mempersoalkan hadith tersebut, kerana ianya mengikut mereka, adalah mencaci Abu Hurairah, dan mencaci Abu Hurairah adalah mencaci Rasulullah SAWA.

Bagaimana pula jika dia ingin meminta penjelasan mengenai tempat di mana Allah turun di langit dunia ketika tinggal 1/3 (akhir) malam. Abu Hurairah meriwayatkan hadith tersebut kemudian ianya dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal.[4]

Tujuan kami ialah mengemukakan hadith-hadith Abu Hurairah yang meragukan kerana bilangan hadithnya terlalu banyak sehingga mendatangkan syak tentang kebenarannya. Sedangkan beliau adalah seorang yang buta huruf, tidak boleh membaca dan menulis. Beliau baru masuk Islam, dan sahabat yang paling sedikit bersama Rasulullah SAWA. Beliau menceritakan peristiwa-peristiwa yang dia sendiri tidak berada di tempatnya.

Di antaranya beliau menceritakan bahawa Nabi SAWA terlupa di dalam sembahyangnya (sedangkan beliau bersih daripada itu).[5] Abu Hurairah berkata:”Rasulullah sembahyang Zuhr atas Asr bersama kami dalam dua raka’at, maka Dzul Yadain bertanya adakah anda mengurangkan sembahyang atau anda terlupa?

Muslim mengeluarkan hadith tersebut dengan lafaz:”Manakala aku (Abu Hurairah) sembahyang bersama Rasulullah SAWA…..”

Hadith tersebut menunjukkan Abu Hurairah bersama di dalam peristiwa tersebut. Apa yang tidak syak lagi bahawa Abu Hurairah masuk Islam selepas peperangan Khaibar dalam tahun 7 Hijrah. Dan kewafatan Dzul Yadain di dalam peperangan Badr di dalam tahun kedua Hijrah. Mereka (penyokong Abu Hurairah) cuba mencari titik persamaan di dalam hadith tersebut, tetapi mereka tidak dapat jawapan yang memuaskan.[6]

Abu Hurairah juga menceritakan tentang Ruqaiyah binti Rasulullah SAWA di mana beliau berjumpa dengannya dan bertanyakan kepadanya mengenai kelebihan Uthman.[7]

Ruqaiyah meninggal dunia sebelum Islam Abu Hurairah pada tahun ketiga Hijrah. Begitu juga beliau tidak hadir di Madinah dan beliau bercakap perkara-perkara yang beliau dakwa, beliau telah menyertainya sebagaimana katanya:”Aku bersama Ali AS, ketika Nabi SAWA mengutusnya dengan Surah al-Bara’ah.”[8]

Di mana di tempat yang lain pula beliau berkata:”Aku bersama Abu Bakr,”sedangkan sejarah memberi penyaksian bahawa beliau tidak pernah hadir di Madinah, kerana beliau menjadi bilal di Bahrain.”

Kami telah kemukakan beberapa contoh percanggahan yang di dapati di dalam riwayat-riwayat Abu Hurairah.

Apabila kami meneliti dan menolak riwayat yang tidak betul, maka itulah yang diwajibkan oleh Islam dan diakui oleh akal.

Walau bagaimanapun Abu Hurairah menduduki tempat pertama orang yang terbanyak meriwayatkan hadith. Oleh itu menilai kembali hadith-hadith yang begitu banyak, tidaklah bermakna mencaci hadith Rasulullah SAWA. Lantaran itu ianya pula tidak boleh sama sekali dikatakan bahawa Syi’ah tidak langsung berpegang kepada hadith-hadith sahabat.

Di sini kami tidak mahu membincangkan hadith Abdullah bin Umar dan pengkhususannya yang membuatkannya menduduki tempat kedua selepas Abu Hurairah. Abdullah bin Umar meriwayatkan 2630 hadith [9] di mana orang yang paling tua, dan paling rapat bergaul dengan Nabi tidak dapat berbuat demikian. Beliau berumur 20 tahun manakala Nabi SAWA meninggal dunia. Banyaknya hadith yang diriwayatkan oleh beliau telah melahirkan tandatanya sebagaimana di sana terdapat beberapa perkara yang menegah kami dari menerima kebanyakan riwayat-riwayatnya.[10] Dan tawaqquf (tidak menerima dan menolak) terhadap riwayatnya, tidak membawa cacian kepada sahabat. Kami tidak mahu meminta maaf kerana menolak hadith-hadith beliau, apabila kami dapati hakikatnya yang sebenar. Tetapi rekod-rekod mengenai perbuatan beliau, adalah cukup untuk mendedahkan hakikat tersebut.[11] Kami akan tutup perbincangan dengan panjang lebar mengenainya  (di sini) kerana ingin meringkaskannya. Kami akan membincangkan secara terperinci mengenainya di tempat yang lain.

Adapun Umm al-Mu’mimin Aisyah, kami tidak ingin membincangkan kehidupan dari awal hingga akhir, kerana ianya akan terkeluar daripada tajuk buku ini.[12] Tetapi apa yang kami mahu ialah perbincangan mengenai hadithnya secara ringkas, kerana personalitinya mempunyai kedudukan di dalam masyarakat dan kesan kepada Tasyri’ Islami. Beliau mengatasi isteri-isteri Nabi SAWA yang lain di dalam meriwayatkan hadith.


Nota Kaki:

1. Ahmad bin Hanbal, XII, hlm.72; Ibn Qutaibah menceritakan di dalam bukunya Ta’wil Fil Mukhtalaf al-Hadith, hlm.27, bahawa Nizam berkata:”Umar, Uthman, Ali AS, dan Aisyah menolak riwayat Abu Hurairah; Ibn Kathir, Tarikh, XIII, hlm.105
2. Tarikh Baghdad, XIV, hlm.7
3. Ahmad bin Hanbal, Musnad, III, hlm.314; al-Bukhari, Sahih, III, hlm, 127; Muslim, Sahih, II, hlm.482
4. Al-Bukhari, Sahih, IV, hlm.68, I, hlm.136; Muslim, Sahih, I, hlm, 283; Ahmad bin Hanbal, Musnad, II, hlm.258
5. Jika sekiranya Nabi SAWA terlupa, ini bermakna beliau mungkin tidak melaksanakan sebahagian yang diperintahkan kepadanya. Oleh itu perutusannya tidak mencapai maksud dan ianya akan menjauhkan orang ramai dari mendekatinya. Dan ianya bertentangan dengan Surah 107:4-5.
6. Hasyiah Ibn Abidin ‘Ala al-Dur al-Mukhtar, I, hlm. 643; al-Bukhari, Sahih, II, hlm.163; Muslim, Sahih, II, 309, telah mencatatkan hadith Abu Hurairah yang menceritakan bagaimana Nabi Musa AS telah menampar Izrail, lalu mencederakan sebiji matanya. Tindakan itu adalah disebabkan Izrail ingin mengambil nyawanya dan tidak disetujui oleh Nabi Musa AS pada ketika itu.
7. Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm.48
8. Nasai, Sahih, Bab al-Hajj, IV, hlm.150. Lihat Bukhari, Sahih 3, hlm.48 tentang dakwaan beliau berada di Khaibar tetapi dia tidak ada.
9. Ini bermakna Abdullah bin Umar telah meriwayatkan hadith lebih banyak daripada Khalifah empat sebanyak 1219 hadith kerana mereka hanya meriwayatkan sebanyak 1411 hadith. Dan beliau meriwayat lebih daripada bapanya sebanyak 2093 hadith kerana bapanya hanya meriwayatkan 537 hadith sahaja.
10. Al-Bukhari telah mencatatkan sebuah hadith riwayat Abdullah bin Umar mengenai cara Nabi SAWA “membuang air”(kecil atau besar). Abdullah bin Umar berkata: Aku memanjat artaqaitu di atas rumah Hafsah, maka aku melihat Nabi SAWA sedang membuang air dalam keadaan membelakangi Qiblat, menghadap ke arah Syam, al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 117. Ini adalah bertentangan daripada apa yang dipersetujui umum bahawa Nabi SAWA melarang membuang air mengadap atau membelakangi Qiblat. Oleh itu ianya pasti tidak dilakukan oleh Nabi SAWA kerana terbukti betapa bertentangannya larangan Nabi dan perbuatannya. Demi menjaga Abdullah bin Umar, sebahagian ulamak berpendapat bahawa ianya adalah khusus untuk Nabi SAWA. Mereka tidak berani mengatakan bahawa riwayat Abdullah bin Umar itu adalah palsu kerana mereka mahu menjaga sahabat iaitu Abdullah bin Umar dan tidak mahu menjaga Nabi SAWA.
11. Ibn Athir, al-Kamil, I, hlm.199, menyatakan bahawa manakala Muawiyah berazam supaya Yazid dibai’ahkan, dia memberi 100 ribu dirham kepada Abdullah bin Umar, dan dia menerimanya. Manakala Muawiyah menyebut sahaja tentang bai’ah Yazid,”Abdullah bin Umar berkata: Inilah yang aku kehendaki….Apa yang anehnya ialah Abdullah bin Umar mengetahui tentang kefasikan dan kejahatan Yazid. Tetapi dia masih meminta keluarganya supaya memberi bai’ah kepada Yazid sekalipun ia (Yazid) adalah seorang pemabuk, pembunuh Husayn AS, dan lain-lain.
12. Asad Haidar, Aisyah Wa al-Tasyri’, Beirut, 1968.

3 responses to “KELUARKAN ABU HURAIRAH DARI JALUR PERAWI HADIS!!

  1. Ulasan dan cara kupasan tuan tidak banyak menfaat kepada ummah. Cara bahasan yang telah tuan lakukan tidak sesuai disisi agama suci ini, condong kepada fitnah dan ajakan perseteruan. Nauzubillah.

  2. adakah anda meletakkan hadith yang diriwayat oleh syiah.?Sedangkan syiah banyak memalsukan hadith.Anda kata imam hambal bergaduh dgn assyirah sedangkan imam hambal berakidah maturidiyyah atau anak murid assyairah.Adakh anda cuba menyebarkan fitnah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s