Ilmu para Imam ahlul Bayt as melebihi para Nabi dan Malaikat?

Kedudukan Imam 12 Mengikut Madzhab Syiah

Syiah Imamiah melandaskan kepercayaan mereka bahawa Imam Dua Belas lebih mulia dari para Nabi yang mursal, kepada al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi SAWAW. Adapun al-Qur’an, mereka merujuk kepada Surah al-Baqarah, ayat 124 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim di uji TuhanNya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam bagi seluruh manusia.” Ibrahim berkata:“(Dan saya pohon juga) dari keturunanku.” Allah berfirman: “Janjiku(ini) tidak mengenai orang yang zalim.”

Ayat ini diturunkan selepas Nabi Ibrahim diuji dengan beberapa ujian dan selepas itu baru beliau dilantik menjadi Imam.

Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata: Sesungguhnya Allah SWT telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba, sebelum Dia mengambilnya menjadi nabi. Dan sesungguhnya Dia  mengambilnya menjadi nabi sebelum Dia mengambilnya menjadi rasul, dan Dia mengambilnya menjadi rasul sebelum beliau menjadi Khalil, dan beliau menjadi Khalil sebelum beliau menjadi Imam. Manakala Allah SWT menghimpunkan semua perkara itu, iaitu kenabian, kerasulan, kekhalilan, Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu Imam kepada seluruh manusia. Lalu Ibrahim berkata:Kesemua keturunanku? Allah berfirman: JanjiKu tidak mengenai orang yang zalim.”

Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata: “Orang yang bodoh tidak boleh menjadi Imam yang taqwa.”(al-Kafi oleh al-Kulaini, Jilid II, 185).

Al-Alamah Tabatabai dalam Tafsir al-Mizan, Vol. I hlm. 277 menegaskan  bahawa ayat ini memberi beberapa keistimewaan antaranya:

  1. Imam itu adalah dilantik oleh Allah.
  2. Imam wajib terpelihara maksum dan peliharaan Allah.
  3. Bumi yang wujud manusia tidak terlepas dari Imam yang hak.
  4. Imam wajib disokong/ditolong oleh Allah.
  5. Wajib beliau seorang yang alim dengan segala yang diperlukan oleh manusia dalam urusan keduniaan dan keakhiratan.
  6. Mustahil wujud di kalangan orang yang melebihinya tentang kelebihan jiwa.

Oleh itu mereka menyatakan bahawa jawatan Imamah itu secara umum lebih tinggi dari jawatan kenabian biasa dan lebih rendah dari kedudukan  Nabi Muhammad SAWAW kerana mengikut mereka, Nabi Ibrahim AS telah diangkat dari martabat kenabian yang mursal kepada martabat Imamah (Al-Alamah Tabatabai, Tafsir al-Mizan, Jilid I, hlm. 228).

Seterusnya mereka berhujah adakah adil bagi kita memperkatakan bahawa Nabi yang diutus kepada seribu orang itu sama dengan nabi yang diutus kepada 30 ribu orang?  Tetapi tidak dinafikan bahawa tujuan nabi-nabi adalah sama, cuma berbeza dari segi martabat, kedudukan dan pengetahuan.

Mereka mengemukakan pertanyaan, kenapa nabi kita Muhammad SAWAW semulia-mulia makhluk, semulia-mulia nabi dan rasul?

Ini adalah kerana  Nabi kita dapat mengetahui kebesaran Allah yang tidak boleh dikias. Kerana baginda lebih sempurna, contohnya lebih afdal, lebih awal pada tiap-tiap sesuatu, sama ada dari sudut akalnya, kebijaksanaannya, idraknya yang mendalam, keberaniannya, kemuliaannya, peribadinya, sifat-sifat insannya yang terpuji, dan sebagainya. Oleh itu baginda lebih mulia dari nabi-nabi dan rasul-rasul (Lihat Ja’far al-Murtadha al-Amili, As-Sahih min Sirah an-Nabi al-A’zam, Qom, 1403, hlm. 303-304)

Oleh itu mereka menyatakan Wasi kepada Nabi Muhammad SAWAW itu juga mestilah melebihi para nabi yang mursalin.

Nabi SAWAW bersabda: “Ulama umatku lebih mulia dari nabi Bani Isra’il.”(Lihat Yanabi’ al-Mawaddah, Baghdad, 1385H, hlm. 475)

Mereka menegaskan bahawa maksud ulama dalam hadith itu bukanlah ulama biasa yang melakukan dosa, kerana tidak munasabah ulama yang melakukan dosa itu lebih mulia dari para nabi yang maksum.

Oleh itu apa yang dimaksudkan  dengan ulama itu ialah manusia yang maksum, iaitu Imam Dua Belas (Lihat as-Sahih min Sirah an-Nabi al-A’zam, Ja’far al-Murtadha, Qom, 1981, Jilid III, hlm. 304-305)

Di riwayatkan oleh Imam Rida AS dari datuk neneknya AS berkata: Dan telah bersabda Rasulullah SAWAW: Allah tidak menjadikan makhluk lebih baik daripadaku dan lebih mulia daripadaku, Ali AS berkata: Engkau berkata wahai Rasulullah, kamu lebih baik atau Jibril? Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah melebihkan kedudukan nabi-nabi al-Mursalin dari MalaikatNya al-Muqarabbin, dan melebihi aku di atas sekalian nabi-nabi dan para rasul. Dan kelebihan selepasku untuk kamu wahai Ali dan imam-imam selepas kamu, kerana para malaikat adalah khadam kita,  khadam orang yang mencintai kita sehingga baginda bersabda: Bagaimana kita telah melebihi para malaikat kerana kita mendahului mereka mengenali Tuhan kita, bertasbih, bertahlil kepadaNya sehingga baginda bersabda: Kemudian sesungguhnya Allah telah menjadikan Adam, maka Allah telah meletakkan kita di hujung sulbinya dan Dia memerintahkan sujud kepadaNya, kerana menghormatinya. Dan sujud mereka itu adalah ibadat. Dan sujud mereka kepada Adam adalah untuk kemuliaan dan ketaatan kerana kita berada di sulbinya (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 485; Fusul al-Muhimmah oleh al-Hurr al-Amili, Najaf, 1374, hlm. 158).

Daripada Imam Ja’far al-Sadiq AS dari datuk nenek beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan Ulul Azmi kepada rasul-rasul dan melebihkan kedudukan mereka dengan ilmu. Dan kami telah mewarisi ilmu mereka dan Dia melebihi kami di atas ilmu mereka. Dan Rasulullah SAWAW mengetahui apa yang mereka tidak mengetahui. Kami mengetahui ilmu Rasulullah SAWAW dan ilmu-ilmu mereka.” (Fusul al-Muhimmah, hlm. 152)

Daripada Said bin Jubair daripada Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah SAWAW: “Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku, hujah-hujah Allah di atas makhlukNya selepasku ialah 12 orang; yang pertama Ali dan yang akhirnya cicitku al-Mahdi; maka itulah Isa b. Maryam bersembahyang di belakang al-Mahdi (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447)

Oleh itu mereka menegaskan bahawa martabat Imam al-Mahdi AS lebih tinggi dari Nabi Isa AS sebagai Nabi mursal kerana beliau akan bersembahyang di belakang Imam al-Mahdi AS (Ibid., hlm. 447)

Rasulullah SAWAW bersabda: Barang siapa yang ingin melihat kepada Adam tentang ilmunya, kepada Nuh tentang azamnya, kepada Ibrahim tentang lembutnya, kepada Musa tentang kehebatannya, kepada Isa tentang kezuhudannya maka hendaklah ia melihat kepada Ali b. Abi Talib (Imam Ahmad bin Hanbal, Musnad, Bab Kelebihan Ali, Fakhuruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Surah Mubahilah, Yanabi al-Mawaddah, Bab 40).

“Imam-imam telah wujud sebelum wujudnya alam ini sebagai cahaya-cahaya, dan Allah jadikan mereka berpusing di sekeliling Arasy.”

Pendapat seperti ini adalah sandarannya dalam beberapa hadith Nabi dalam kitab Ahli Sunnah sendiri. Antaranya ialah hadith yang dikeluarkan oleh Abu al-Mu’ayyid Ibn Ahmad al-Khawarizmi dengan sanadnya dari Abu Sulaiman yang berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAWAW dan Ahli Baitnya berkata: Di malam aku dinaikkan ke langit(Mi’raj) Allah SWT berkata kepadaku…lihatlah di kanan Arasy, lalu aku memaling ke arahnya, maka aku dapati Ali, Fatimah, Hasan, Husayn, Ali b. Husayn, Muhammad b. Ali, Ja’far b. Muhammad, Musa b. Ja’far, Ali b. Musa, Muhammad b. Ali,  Ali b. Muhammad, Hasan b. Ali, dan Muhammad al-Mahdi b. Hasan; ia seperti cakerawala yang berpusing di kalangan mereka. Dan dia berfirman: “Wahai Muhammad, mereka itulah hujah-hujahKu ke atas hamba-hambaKu, merekalah wasi-wasiKu (khalifah-khalifahku).”(Yanabi al-Mawaddah, hlm. 487)

Sabda Nabi SAWAW: “Wasi-wasi engkau tertulis di tepi ArasyKu, lalu aku melihat dan mendapati 12 cahaya (Ibid)”. Kejadian Nabi Muhammad dan wasi-wasinya (Ibid.hlm. 485).

Sabda Nabi SAWAW: “Aku telah menjadi nabi ketika Adam bersabda antara tanah dan air.” Sabdanya lagi: Allah menjadikan cahayaku yang terawal sekali. Sabdanya lagi: Aku dan Ali adalah satu cahaya di sebelah kanan Arasy sebelum Allah menjadikan Adam 11 ribu tahun, sebahagian kami berpisah di sulbi Abdul Muttalib, satu bahagian adalah aku dan sebahaian yang lain ialah Ali.” (Musnad oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Bab Kelebihan Ali, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm. 101).

Demikianlah antara hujah-hujah Syiah Imamiah dalam soal kelebihan Imam 12, serta kejadian mereka dalam hadith-hadith Nabi SAWAW yang ditulis oleh ulama-ulama Ahli Sunnah.

8 responses to “Ilmu para Imam ahlul Bayt as melebihi para Nabi dan Malaikat?

  1. saya syiah…tapi sepertinya yang nulis tulisan di atas itu ngawur…

    ilmu para imam berdasarkan ilmu Nabi Muhammad dan tidak melenceng sedikitpun dari ajaran Rasulullah..

    para syiah ghulat….sadarlah nt semua….

    syiah imamiah tidak seperti itu…

  2. mereka mmg sesat?
    di mana kesesatan mereka itu?
    adakah ini ajaran sesat yang paling lama bertahan sejak zaman muhammad hingga ke akhir zaman?
    tuhan tak tahu ke mereka ni sesat?
    apa yang tuhan buat sempena kesesatan mereka?
    bila tuhan nak turunkan bala kepada mereka yang sesat ini?
    apa kata pakat2 doa kat tuhan supaya laknat ke atas mereka yang sesat ini?
    depa ni confirm masuk neraka?
    depa tak sedaq diri ke depa ni sesat?
    mana akal depa sampai tak tau yang mana yang sesat dan yang mana yang tak sesat?
    apa beza depa dengan kaum yang sesat ketika dakwah muhammad bermula?
    pernah kah muhammad memaki hamun tuhan orang arab jahiliyah yang sesat itu?
    pernahkah muhammad memaki hamun ketika berdakwah?
    pernahkah muhammad memaki hamun penyembah2 berhala yang sesat itu?
    bolehkah kita memaki hamun tuhan orang arab jahiliyah yang sesat itu?
    bolehkah kita memaki hamun ketika berdakwah?
    bolehkah kita memaki hamun penyembah2 berhala yang sesat itu?
    salahkah kita bertanya kepada tuhan di atas kesesatan mereka?
    bolehkah tuhan menunjukkan golongan yang sesat?
    mampukah tuhan untuk mengkabulkan perkara itu?
    apa maksud sesat?
    apa syarat2 untuk sesat?
    di mana orang yang sesat ini mendapatkan sumber kesesatan mereka?
    adakah manusia cenderung untuk sesat?
    ramaikah manusia yang sesat di dunia ini?
    ramaikah manusia yang sesat di akhirat nanti?
    bagaimana mencari jalan keluar dari kesesatan?
    bagaimana bimbingan untuk orang2 sesat?
    apa pandangan mereka tentang tuhan?
    benarkah mereka meyembah tuhan?
    apakah perbezaan tuhan mereka?
    adakah mereka pernah nampak tuhan mereka?
    adakah mereka yakin mereka telah sembah pada tuhan yang tidak sesat?
    bagaimana kepercayaan mereka tentang undang2 tuhan yang telah ditetapkan?
    adakah mereka mempercayai tuhan mempunyai undang2?
    kenapa mereka perlu mempercayai undang2 tuhan mereka?
    adakah mereka telah menandatangani m.o.u dengan ketua kesesatan (syaitan)?
    bagaimanakah akhlak orang yang sesat?
    bagaimanakah wajah orang yang sesat?
    bagaimanakah pemikiran orang yang sesat?
    sesat neraka?
    tidak sesat syurga?
    sesat syurga?
    tidak sesat neraka?
    siapakah penghuni syurga?
    orang yang bersyukur?
    siapakah penghuni neraka?
    orang 72?
    yang satu kat mana?
    yang empat kat mana?
    mustahil?
    sesat?
    kun fayakun?
    ada paksaan masuk islam?
    ada paksaan masuk sesat?
    kenapa masuk islam?
    kenapa masuk sesat?
    sebab apa masuk islam?
    sebab apa pilih islam?
    sebab apa ikut islam?
    apa itu islam?
    islam itu apa?
    siapa pemilik islam?
    siapa penumpang islam?
    ada pemilik ke islam ni?
    ada penumpang ke islam ni?
    kita punya?
    parent punya?
    third generation punya?
    dulu2 punya?
    mainstream punya?
    underground punya?
    big shot punya?
    orang pandai2 punya?
    orang alim2 punya?
    orang sesat punya?
    entah?
    TUHAN PUNYA KOT?

  3. Salam buat saudara Asyraf dan hamba ALLAH…
    syukron atas sikap anda memberi perhatian terhadap mazhab ahl bayt, semoga TUHAN menunjukkan yang haq dan bathil…
    buat anda yang bertinta hikmah, sentiasa berada di paksi kebenaran yang dahagakan sesuatu yang haq selagi kebathilan tidak dibuktikan…suka untuk ana mengutarakan sesuat, andai anda pernah mendengar walaupun sekali nama sahabat-sahabat nabi, terutamanya abu bakar, umar dan uthman di mana-mana siri peperangan bersama nabi sebagai seprang pahlawan yang gagah perkasa???pernahkah…secara jujurnya, nada mendengar nama mereka dijulang sebagai pahlawan yang menumpaskan nama-nama besar kuffar quraisy pada masa itu…???ini hanya secbis persoalan dari selautan kekel;iruan yang timbul, fikirkanlah.semoga anda diberi petunjuk akan kebenaran…

  4. Asyraf dan Hamba Allah, untuk imam antum saat ini siapa? anda berimam kepada siapa?

  5. asyraf dan hamba Allah, sila buktikan yang syia tu sesat?
    bagaimana anda tau hadith itu x benar sdangkan perawi hadith itu adlh orng yg dipercaya dikalangan ahli hadith..
    bagaimana anda menilai hadiths?

  6. guna musnad ahmad pula nk kuat kn hujah..sudah2 la nk berbohong tu.

    Yanabi’ al-Mawaddah tu bukan kitab Ahli sunnah..ulama syiah aga buzurg tehrani dalam bukunya “Al-Thareea” meletakkan Yanabi’ al-Mawaddah salah satu buku syiah..

    Tiada siapa yg dpt menjangkau ilmu Rasullah walaupun imam 12..

    berhentilah bw akidah sesat antum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s