Aktivis Mesir dipenjara kerana memasuki gaza

Khamis , 12/02/2009 – Mahkamah Tentera Mesir hari ini (Rabu) menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun terhadap Majdi Ahmad Hussein, seorang aktivis Mesir dari pihak pembangkang, atas dakwaan memasuki Semenanjung Gaza melalui jalan yang tidak sah.
 
Agensi Reuters memetik daripada sumber-sumber mahkamah mengatakan bahawa Mahkamah Tentera di bandar Ismailiyyah, salah sebuah bandar di kawasan Terusan Suez juga telah mengenakan denda sebanyak 5 ribu pound Mesir, iaitu hampir 900 dolar Amerika terhadap aktivis tersebut. Pihak berkuasa telah menangkap beliau yang juga setiausaha agung Parti Buruh yang dibekukan pada bulan lepas di pintu sempadan Rafah ketika beliau pulang dari Gaza. Dilaporkan beliau pergi ke sana sebagai melahirkan rasa simpati dan menunjukkan kebersamaan dengan penduduk Gaza selepas serangan ganas Zionis yang berterusan selama 22 hari.
 
Pihak berkuasa berkata ia yakin bahawa Hussein telah masuk ke Semenanjung Gaza melalui salah satu terowong yang digunakan bagi kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza. Sementara itu, sumber pihak Polis pula mengatakan Hussein tidak membawa apa-apa dokumen pengenalan diri kecuali lesen memandu ketika dia cuba memasuki Mesir dalam perjalanan pulang melalui pintu sempadan Rafah.
 
SUARA PEDULI PALESTIN
 
EJEN SUKARELA PALESTINKINI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s