KHOTBAH RASULULLAH SAWW YANG TERAKHER

445992743912l

Beliau bersabda: “Segala puji bagi Allah, Yang Maha Tinggi dalam kesatuan-Nya, berdekatan dalam keesaan-Nya, mulia dalam pemerintahan-Nya, besar dalam kekuasaanNya, keilmuanNya yang menyeluruh sedangkan Dia “berada” di `ArasyNya. Menundukkan seluruh makhluk dengan kekuasaan dan hujahNya yang mulia sehingga Dia sentiasa dipuji,Dialah pencipta langit, penjadi sesuatu dengan rapi. Dialah Penguasa bumi dan langit, Maha Tinggi Maha suci Tuhan para malaikat dan ruh, Maha Pemurah kepada semua orang yang tidak mensyukuriNya, Maha Mengetahui di atas segala yang dijadikanNya. Memerhati setiap mata, tetapi mata (mata) tidak dapat melihatNya. Mulia, Pemaaf dan menyenangkan, rahmatNya meliputi setiap sesuatu, mengurniakan nikmatNya ke atas mereka. Tidak cepat membalas dendam dan tidak segera mengenakan azab ke atas mereka. Dia memahami segala rahsia, Dia mengetahui segala bisikan hati, tidak dapat diselindungi oleh perkara-perkara yang tersembunyi.Tidak dikelirukan oleh perkara yang halus, mengetahui setiap sesuatu, memenangi setiap sesuatu, menguasai di atas segala-galanya. Tidak sesuatu pun menyerupaiNya, Dia mencipta sesuatu ketika ia (sesuatu) tidak ada. Sentiasa melakukan keadilan, tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mulia lagi bijaksana, sekali-kali penglihatan tidak mencapaiNya, sedangkan Dia mencapai penglihatan. Dia bertimbang rasa dan bijaksana, tiada seorang pun dapat mengaitkan sifatNya secara “penentuan” dan tiada seorang pun mendapati bagaimanakah Dia secara rahsia atau terang-terangan melainkan mengikut apa yang telah ditunjuk oleh Dia ke atas diriNya. Aku naik saksi sesungguhnya Allah memenuhi masa dengan segala kekudusanNya, Dialah yang menutupi cahayaNya selama-lama, Dia melaksanakan urusanNya tanpa mesyuarat. Tanpa bersamaNya sekutu di dalam sesuatu nilaian dan tidak ada kecacatan di dalam pentadbiranNya. Dia telah menggambarkan apa yang direkakanNya tanpa contoh, Dia telah mencipta apa yang diciptakanNya dengan mudah tanpa pertolongan orang lain dan bersih dari tipudaya. Dia menciptanya kemudian ia terus “jadi”, Dialah Tuhan yang tiada Tuhan melainkan Dia yang rapi dan elok pembuatannya. KeadilanNya adalah lebih mulia dan tidak pernah dizalimi di mana segala perkara kembali kepadaNya. Aku naik saksi bahawa segalanya tunduk kepada kekuasaanNya serta mentaatiNya kerana kehebatanNya memiliki segala milik. Dialah yang membuat cakerawala bergerak, Dialah yang menundukkan bulan dan matahari, semuanya berjalan menurut masa yang ditentukan. “Dialah yang menutupkan malam ke atas siang dan menutupkan siang ke atas malam” (Surah az-Zumar 39:5) “yang mengikutinya dengan cepat”. (Surah al-A`raf 7:54) Penentang setiap penguasa yang degil dan pembinasa setiap syaitan yang menceroboh, tiada bersamaNya lawan dan teman, satu (ahad) menjadi tempat tumpuan. Tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun menyerupaiNya, Tuhan yang satu dan Tuhan yang mulia, melakukan sesuatu yang dikehendakiNya. Dia mengetahui lantas menghitung sesuatu, mematikan dan menghidupkan, pemberi dan pencegah rezeki, “ketawa” dan “menangis”, menghalang dan memberi. BagiNya kekuasaan dan baginya kepujian, di tanganNya segala kebaikan, Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan siang ke dalam waktu malam. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mengetahui lagi pengampun, Dialah penerima doa, pengurnia segala pemberian dan penghitung segala jiwa. Tuhan syurga dan manusia, Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan, tidak menolak laungan orang yang memohon pertolongan, tidak dimetrikan oleh keluhan orang yang berhajat. Pelindung bagi orang-orang yang salih, pemberi taufiq kepada orang-orang yangbahagia. Dialah maula kepada segala alam yang berhak dari setiap makhlukNya bersyukur dan memuji-Nya. Aku memuji-Nya di dalam kesenangan dan kesusahan, kesulitan dan kelapangan. Aku beriman denganNya, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya dan para rasul-Nya. Aku mendengar suruhanNya, aku mematuhi dan bersegera menurut keridaan-Nya. Aku menyerahkan diriku kepada qada’-Nya kerana cintakan ketaatan-Nya dan takutkan balasan-Nya, kerana Dialah Allah yang tidak menjamin keselamatan jika dilakukan apa yang dibenciNya. Dan Dia pula tidak teragak-agak mengenakan balasan-Nya. Aku berikrar dengan diriku sendiri untuk beribadah kepadaNya dan aku naik saksi tentang ketuhanan-Nya. Aku akan melaksanakan apa yang diwahyukan kepadaku dengan penuh waspada. Jika aku tidak melaksanakannya lantas aku akan binasa sehingga tiada seorangpun dapat mempertahankanku dari azabNya sekalipun besar ujianNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Kerana Dia telah memberitahuku sesungguhnya jika aku tidak menyampaikan apa yang diturunkan kepadaku nescaya aku tidak menyampaikan risalahNya. Lantaran itu Dia memberi jaminan melindungiku dengan `ismah, Dia Allah adalah mencukupi (bagiku). Kemudian Dia menurunkan wahyu kepadaku. Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani. Wahai Rasul ! sampailah apa yang telah diturunkan kepada kamu mengenai `Ali – [jawatan Khalifah adalah untuk `Ali bin Abi Talib]. Dan jika kamu tidak menyampaikannya bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya, “Dan Allah menjaga kamu dari manusia”.(Surah al-Maidah 5:67) Wahai manusia! Aku tidak mengabaikan tanggungjawabku di dalam menyampaikan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadaku. Akulah orang yang menerangkan kepada kalian. Sebab turunnya ayat “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya” (Surah al-Maidah 5:67). Sesungguhnya Jibra’il telah turun kepadaku sebanyak tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa sesungguhnya `Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musa selain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku. Beliaulah wali kalian di sisi Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menurunkan ke atasku satu ayat mengenai wilayah `Ali “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yangberiman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dalam keadaan rukuk” (Surah al-Maidah 5:55). `Ali bin Abi Talib telah mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk, kerana melakukan ibadat kepada Allah pada setiap masa. Aku telah memohon maaf kepada Jibra’il lantaran aku tidak menyampaikannya kepada kalian. Wahai manusia, kerana aku mengetahui betapa sedikitnya orang yang bertakwa, betapa ramainya orang yang munafik, pengkhianat dan tipudaya orang bersandarkan Islam yang disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya “Mereka mengucap dengan lidah mereka apa yang tidak ada dalam hati mereka”(Surah al-Fath 48:11). Dan betapa banyak mereka telah menyakiti hatiku sehingga mereka menamakanku uzunun (iaitu mendengar/mempercayai apa saja yang diperkatakan kepadanya). Mereka menyangka aku sedemikian rupa kerana selalu “bergaul” dengan-Nya dan sehingga Allah menurunkannya di dalam al-Qur’an “Di antara mereka ada yang menyakiti Nabi dan menyatakan: Nabi mempercayai semua yang didengarnya. Katakanlah: Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin” (Surah al-Taubah 9:61).Jika aku mahu, aku akan menyebutkan nama-nama mereka atau menunjukkan mereka kepada kalian. Tetapi aku tidak mahu melakukannya, kerana Allah tidak merestuiku melainkan menyampaikan apa yang diturunkan kepadaku. Kemudian beliau (s.`a.w.) membaca”Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu – tentang `Ali – dan jika kamu tidak melakukan bererti kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah menjaga kamu dari manusia” (Surah al-Maidah 5: 67). Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah melantik `Ali untuk kalian sebagai wali, dan imam yang wajib ditaati ke atas Muhajirin, Ansar dan Tabi`in; sebagaimana wajib ditaati oleh penghuni padang pasir, bandar, Arab bukan Arab, merdeka, hamba kecil besar, berkulit putih dan hitam. Malah ke atas setiap orang yang mentauhidkan Allah S.W.T. Terkutuk bagi orang yang menentangnya. Dirahmati orang yang mengikutinya, mukmin orang yang membenarkannya. Allah mengampuninya dan orang yang mengambil ilmu daripadanya dan mentaatinya. Wahai manusia! Ini merupakan tempat yang terakhir aku berdiri di hadapan kalian. Lantaran itu dengarlah, taatilah dan ikutilah perintah Tuhan kalian. Sesungguhnya Allah `Azza waJalla adalah maula kalian dan Tuhan kalian kemudian selepasNya Muhammad (s.`a.w.) adalah wali kalian yang sedang berpidato di hadapan kalian. Kemudian selepasku `Ali adalah wali kalian dan imam kalian dengan perintah Tuhan kalian. Kemudian imamah adalah pada zuriatku daripada anaknya sehingga di hari kalian berjumpa Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada suatu perkara pun yang halal melainkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah dan tidak ada suatu perkara pun yang haram melainkan apa yang telah diharamkan oleh Allah. Dialah yang menerangkan kepadaku halal dan haram di dalamkitabNya. Kemudian aku menerangkan halal dan haramnya kepada `Ali. Wahai manusia! Tidak ada suatu ilmu pun melainkan Allah telah menyampaikanya kepadaku. Dan setiap ilmu yang aku mengetahuinya, aku menyimpannya pada imam mubin (`Ali a.s) dan tidak ada suatu ilmu pun melainkan aku mengajarnya kepada `Ali. Dan beliaulah imam mubin.Wahai manusia! Janganlah kalian menyimpang daripadanya, janganlah kalian lari daripadanya, janganlah kalian angkuh dengan menentang wilayahnya. Kerana beliaulah yang menunjuk kepada kebenaran dan beramal dengannya. Beliaulah yang menghilangkan kebatilan dan melarangnya. Janganlah kalian menghiraukan celaan orang yang mencela. Beliaulah orang pertama beriman kepada Allah dan Rasulnya. Beliaulah yang mengorbankan dirinya sendiri untuk Rasulnya. Beliaulah bersama Rasulullah. Dan tidak ada seorang pun menyembah Allah bersama Rasulnya di kalangan lelaki selain daripadanya. Wahai manusia! Hormatilah beliau kerana Allah telah mengurniakan kelebihan kepadanya. Terimalah beliau kerana Allah telah melantiknya untuk kalian. Wahai manusia! Sesungguhnya beliau adalah imam daripada Allah. Allah sekali-kali tidak akan menerima taubat seorang yang mengingkari wilayahnya. Dan Allah sekali-kali tidak akan mengampuninya. Sudah pasti Allah akan melakukan hal demikian ini terhadap orang yang menyalahi perintah-Nya mengenainya. Dan Dia akan menyiksanya dengan siksaan pedih yang berpanjangan. Lantaran itu kalian berhati-hatilah supaya kalian tidak menyalahinya. Justeru itu kalian akan dibakar di neraka di mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu disediakan kepada orang-orang yang ingkar. Wahai manusia! Dengan akulah demi Allah, para nabi dan rasul yang terdahulu diberi khabar gembira. Aku adalah penamat para nabi dan Rasul. Akulah juga hujah ke atas semua makhluk di bumi dan di langit. Sesiapa yang mengsyakinya dia adalah kafir sebagaimana kafir jahiliyah. Dan sesiapa yang mengsyaki sabdaku ini, bererti dia mengsyaki kesemuanya. Orang yang mengsyakinya adalah neraka sebagai balasannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kelebihan ini ke atasku sebagai ihsanNya. Tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji untukNya daripadaku buat selama-lamanya. Wahai manusia! Hormatilah `Ali kerana beliau sebaik-baikmanusia selepasku di kalangan lelaki dan perempuan. Dengan kamilah Allah telah menurunkan rezeki dan mengekalkan makhluk (buat seketika). Terkutuk, terkutuk. Dimurkai, dimurkai orang yang menolak sabdaku ini dan tidak mempersetujuinya. Sesungguh-nya Jibra’il telah memberitahuku mengenainya daripada Allah S.W.T. dan berkata: Sesiapa yang memusuhi `Ali dan tidak menjadikannya wali, maka laknat dan kemurkaanKu ke atasnya. Seseorang itu hendaklah memikirkan apa yang telah dikemukakan untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah supaya beliau tidak menyalahi-Nya kerana dikhuatiri kaki akan tergelincir selepas ia tegak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh kalian.Wahai manusia! Sesungguhnya beliaulah janb-Allah yang disebutkan di dalam kitab-Nya “Supaya jangan ada orang yang mengatakan amat besar penyesalan atas kelalaianku terhadap janb-Allah”(Surah al-Zumar 39:56). Wahai manusia! Pelajarilah al-Qur’an dan fahamilah ayat-ayatnya. Perhatikanlah ayat-ayat Muhkamahnya dan janganlah kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihahnya. Demi Tuhan, tidak akan menerangkan kepada kalian tentang halangan-halangannya dan tidak akan menerangkan kepada kalian penafsiran-penafsirannya melainkan orang yang aku memegang tangannya sekarang. Dan aku memberitahu kalian sesungguhnya sesiapa yang aku maulanya, maka ini `Ali adalah maulanya, iaitu `Ali bin Abi Talib A.S, saudaraku, wasiku. Dan wilayahnya adalah daripada Allah S.W.T. yang telah menurunkannya ke atasku. Wahai manusia! Sesungguhnya `Ali dan orang yang baik daripada anak cucuku merupakan thiqal al-Asghar (harta paling kecil yang bernilai) dan al-Qur’an adalah thiqal al-Akbar (harta paling besar yang bernilai). Setiap orang menceritakan tentang sahabatnya dan bersatu dengannya. Kedua-duanya tidak akan berpisah sehingga dikembalikan Haud kepadaku. Mereka itulah pemegang amanah Allah pada makhluk dan para bijak pandai di bumi-Nya. Sesungguhnya aku telah menunaikannya. Sesungguhnya aku telah menyampaikannya dan aku memperdengarkannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah menerangkannya bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah berfirman dan sabdaku itu adalah daripada Allah.Sesungguhnya tidak ada Amiru l-Mukminin selain daripada saudaraku ini. Dan tidak seorang pun layak untuk melaksanakannya selepasku selain daripadanya. Kemudian beliau meletakkan tangannya ke bahu `Ali kemudian mengangkatnya. Wahai manusia! Ini adalah `Ali saudaraku, wasiku, penjaga ilmuku, khalifahku ke atas umatku dan di atas tafsir kitab Allah Azza Wa Jalla. Penyeru kepadanya dan beramal dengan apa yang diredaiNya, memerangi musuh-musuhNya, setia mentaatiNya dan pencegah dari mendurhakaiNya. Beliaulah khalifah Rasulullah, Amiru l-Mukminin, Imam petunjuk, penentang Nakithin (Ashab Jamal), Qasitin (Ashab al-Siffin) dan Mariqin (Ashab al-Nahrawan). Aku berkata: Sabdaku tidak boleh ditukar ganti kerana ia adalah perintah Tuhanku. Aku berkata: Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikan `Ali. Musuhilah orang yang memusuhinya. Laknatilah orang yang mengingkarinya, murkailah orang yang mengingkari haknya. Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkaulah yang telah menurunkan ke atasku bahawa Imamah selepasku adalah untuk `Ali sebagai wali Engkau sebaik saja peneranganku mengenainya dan perlantikanku terhadapnya. Dengan itu Engkau telah menyempurnakan untuk hamba-hambaMu agama mereka. Dan engkau telah menyempurnakan ke atas mereka nikmatMu dan Engkau telah meredai bagi mereka Islam sebagai agama. Maka Engkau berfirman: “Barangsiapa mencari agama lain selain agama Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima agama itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Surah Ali `Imran 3:85).Wahai Tuhanku! Aku mempersaksikan Engkau dan cukuplahEngkau sebagai saksi sesungguhnya aku telah menyampaikannya. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. telah menyempurnakan agama kalian dengan imamahnya (`Ali a.s). Siapa yang tidak berimamkannya dan orang yang menggantikan tempatnya yang terdiri daripada anak cucuku dari keturunannya sehingga hari kiamat, maka mereka itulah akan terbatal amalan-amalan mereka dan dalam nerakalah mereka kekal di dalamnya. Siksaan mereka tidak akan diringankan dan mereka pula tidakakan dilayani.Wahai manusia! Ini ialah `Ali orang yang paling kuat di kalangan kalian yang membantuku, orang yang paling berhak di kalangan kalian denganku. Beliau adalah orang yang paling akrab di kalangan kalian kepadaku dan orang yang paling mulia di sisiku dan Allah A.W. Kami meredhainya. Tidak terdapat ayat mengenai keredhaan melainkan ia turun pada `Ali. Allah tidak berfirman dengan “Wahai orang-orang yang beriman” melainkan Dia memulakan dengan `Ali. Tidak terdapat ayat pujian di dalam al-Qur’an melainkan padanya. Dan Dia tidak memberi penyaksian syurga tentang Hal Ata (Surah al-Insan 76:1) melainkan untuknya. Dia tidak menurunkannya selain daripadanya. Dan Dia tidak memuji dengannya (ayat) selain daripadanya (`Ali a.s). Wahai manusia! Beliau adalah pembantu agama Allah, penyokong Rasulullah. Beliau adalah seorang yang bertakwa, bersih dan petunjuk. Nabi kalian adalah sebaik-baik nabi dan wasi kalian adalah sebaik-baik wasi dan anak-anaknya sebaik-baik para wasi. Wahai manusia! Zuriat setiap nabi adalah dari sulbinya, tetapi zuriatku dari sulbi `Ali.Wahai manusia! Sesungguhnya Iblis telah mengeluarkan Adam dari syurga disebabkan hasad dengkinya. Lantaran itu janganlah kalian melakukan hasad dengki terhadapnya (`Ali) nescaya amalan-amalan kalian akan terbatal. Dan kaki-kaki kalian akan tergelincir. Sesungguhnya Adam diturunkan ke dunia disebabkan “satu kesalahan” sahaja sedangkan beliau adalah pilihan Allah A.W. Bagaimana dengan kalian, sedangkan di kalangan kalian adalah musuh-musuh Allah. Sesungguhnya orang yang celaka sahaja yang memarahi `Ali. Dan orang yang bertakwa sahaja yang mewalikan `Ali. Hanya orang mukmin sahaja yang beriman dengan `Ali. Dan pada `Alilah diturunkan Surah wa l-Asr. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memohon kepada Allah menjadi saksi bahawa aku telah menyampaikan risalahku kepada kalian. Rasul hanya menyampaikan risalahNya yang terang. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dengan sepenuhnya. Dan janganlah kalian mati melainkan kalian muslimun. Wahai manusia! Berimanlah kalian dengan Allah, RasulNya dan al-Nur (cahaya) yang diturunkan bersamanya sebelum kebenaran dipadamkan. Justeru itu kita menolaknya ke belakang. Wahai manusia! al-Nur (cahaya) daripada Allah A.W., adalah padaku kemudian pada `Ali kemudian pada keturunannya sehinggalah datangnya al-Qa’im al-Mahdi yang akan menuntut hak Allah dan hak kami (Ahl al-Bait A.S) kerana Allah A.W. telah menjadikan kami hujah ke atas orang-orang yang cuai, ingkar, penentang, pengkhianat, pelaku dosa dan orang yang zalim dari sekalian alam. Wahai manusia! Aku memberi peringatan kepada kalian, sesungguhnya aku adalah Rasulullah sebagaimana telah berlalu para rasul sebelumku. Sekiranya aku mati atau dibunuh “kamu kembali ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur” (Surah Ali `Imran 3:144). Sesungguhnya `Alilah yang disifatkan dengan kesabaran dan kesyukuran kemudian selepasnya cucu cicitku dan zuriatnya. Wahai manusia! Janganlah kalian berangan-angan untuk menentang Allah dengan “Islam” kalian, maka Dia akan memarahi kalian dan mengenakan kalian dengan azab di sisi-Nya. Sesungguhnya Dia sedang menunggu kalian.Wahai manusia! Akan berlaku selepasku para imam yang akan menyeru manusia ke neraka dan di hari kiamat mereka tidak akan dibantu. Wahai manusia! Sesungguhnya Allah dan aku bersih daripada mereka. Wahai manusia! Sesungguhnya pembantu-pembantu mereka, pengikut-pengikut mereka dan penyokong-penyokong mereka akan berada di neraka yang paling terkebawah. Dan ia adalah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang takabbur. Sesungguhnya “mereka” adalah “pemilik-pemilik” mushaf. Lantaran itu hendaklah kalian melihat pada mushaf tersebut.Beliau bersabda: Urusan mushaf hanya diambil berat oleh golongan yang sedikit sahaja. Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkannya (Sahifah) sebagai imamah dan wirathah pada keturunanku sehingga hari kiamat. Sesungguhnya aku telah menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Engkau untuk disampaikannya sebagai hujah di atas setiap yang hadir, ghaib dan ke atas setiap orang yang menyaksikannya atau tidak, sama ada telah dilahirkan ataupun tidak. Justeru itu hendaklah orang yang hadir menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir, dan bapa kepada anaknya sehingga hari kiamat kerana mereka (selain daripada Ahl al-Bait A.S) akan menjadikannya (imamah) sebagai hak milik dan barang rampasan. Sesungguhnya Allah melaknati perampas-perampasnya. “Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu wahai manusia dan jin. Maka kepada kamu dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)”. (Surah ar-Rahman 55: 31, 35)Wahai manusia! Sesungguhnya Allah A.W. tidak akan meninggalkan kalian sebelumnya sehingga keburukan dan kebaikan dapat dibezakan. Dan Allah tidak mahu memberitahu kalian perkara-perkara yang ghaib. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada satu bandar pun melainkan Allahlah yang membinasakannya disebabkan pembohongan penduduknya. Demikianlah Dia membinasakan bandar-bandar yang zalim. Sebagaimana telah disebutkan oleh Allah S.W.T. di dalam kitabNya. Ini adalah `Ali imam kalian dan wali kalian. Beliau di antara janji-janji Allah dan Allah membenarkan apa yang dijanjikannya.Wahai manusia! Sesungguhnya telah sesat sebelum kalian kebanyakan orang-orang yang terdahulu. Demi Allah, Dia telah membinasakan orang-orang yang terdahulu dan Dialah yang akan membinasakan orang-orang yang terkemudian. Allah berfirman: “Bukankah Kami telah membinasakan orang-orang yang dahulu? Lalu Kami iringi (azab kami terhadap) mereka dengan (mengazab) orang-orang yang datang kemudian. Demikianlah Kami berbuat terhadap orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan” (Surah al-Mursalat 77: 16-19). Wahai manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkanku dan melarangku. Sesungguhnya aku telah memerintahkan `Ali dan melarangnya. Ilmu suruhan dan larangan adalah daripada Allah A.W. Justeru itu dengarlah kalian kepada larangannya, nescaya kalian terselamat. Taatlah kalian kepadanya nescaya kalian mendapat petunjuk. Berhentilah kerana larangannya, nescaya kalian akan mendapat petunjuk. Ikutilah kehendaknya dan janganlah kalian mengikuti jalan-jalan kalian selain dari jalannya.Wahai manusia! Akulah Sirat al-Mustaqim di mana Dia memerintahkan kalian mengikutinya. Kemudian `Ali selepasku kemudian anak cucuku dari sulbinya, para imam yang menjadi petunjuk kepada kebenaran dan dengannyalah mereka memperjuangkan kebenaran. Kemudian Rasulullah s.`a.w. membaca : al-Hamdu li Llahi Rabbi l-`Alamin sehingga ke akhirnya. Dan beliau bersabda: Kepada akulah turunnya Surah al-Fatihah dan juga kepada mereka secara umum dan khusus. Mereka itulah para wali Allah, mereka tidak takut dan mereka pula tidak berdukcita. Sesungguhnya parti Allah sahajalah yang mendapat kemenangan. Sesungguhnya musuh-musuh`Ali adalah terdiri daripada orang-orang yang melakukan perpecahan, nifaq, penentang-penentang, saudara-saudara syaitan yang berkongsi penentangan dan tipu daya.Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya, firmanNya: “Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya” (Surah al-Mujadalah 58: 22).Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah disifatkan oleh Allah A.W. di dalam kitabNya. FirmanNya: “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan ezaliman, itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-An`am 6:82). Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah disifatkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya: “Orang-orang yang akan memasuki syurga dengan aman” disambut oleh para malaikat dengan aman. Berbahagialah kamu, maka masuklah syurga selama-lamanya. Sesungguhnya para wali mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W., firmanNya “Mereka memasuki syurga tanpa hisab”. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang akan dibakar di neraka sa`ir. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang mendengar tepikan neraka jahannam dan nyalanya. Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telah difirmankan oleh Allah A.W. FirmanNya “Setiap umat masuk (neraka) dia mengutuk kawannya”. (Surah al-A`raf 7: 38). Sesungguhnya musuh-musuh mereka ialah orang-orang yang telahdisebutkan oleh Allah di dalam kitabNya. FirmanNya “Setiap kali dilemparkan ke dalamnya satu kumpulan, penjaga-penjaganya bertanya kepada mereka: Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: Benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakannya dan kami mengatakan Allah tidak menyuruh sesuatupun. Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar” (Surah al-Mulk 67: 8-9). Sesungguhnya para wali mereka ialah “Orang-orang yang takut akan Tuhan mereka dengan perkara yang ghaib bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” (Surah al-Mulk 67: 12). Wahai manusia! Dua perkara di antara neraka dan syurga. Musuh kita ialah orang yang telah dicela dan dilaknat oleh Allah. Wali kita ialah orang yang telah dipuji dan dikasihi oleh Allah. Wahai manusia! Sesungguhnya aku memberi peringatan dan `Ali memberi petunjuk (Hadi).Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah nabi dan `Ali adalah wasiku. Sesungguhnya penamat para imam ialah al-Mahdi, dan beliau dari kalangan kami.Sesungguhnya beliaulah orang yang mempertahankan agama. Sesungguhnya beliaulah penuntut bela daripada orang-orang yang zalim. Sesungguhnya beliaulah pembuka benteng-benteng dan perosak-nya. Sesungguhnya beliaulah orang yang memerangi setiap kabilah yang syirik. Sesungguhnya beliaulah orang yang dapat mengesan setiap penentang para wali Allah. Sesungguhnya beliaulah pembantu agama Allah. Sesungguhnya beliaulah pencedok di lautan yang dalam. Sesungguhnya beliau mengetahui setiap orang yang mempunyai kelebihan dan setiap orang yang jahil. Sesungguhnya beliau adalah sebaik-baik pilihan Tuhan. Sesungguhnya beliaulah pewaris setiap ilmu secara menyeluruh. Sesungguhnya beliaulah diberitahu tentang Tuhannya dan diberi peringatan tentang imannya. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang bijak dan tegas.Sesungguhnya setiap sesuatu diserahkan kepadanya. Sesungguhnya beliau telah diberi khabar gembira kepada orang-orang yang terdahulu. Sesungguhnya beliaulah hujah dan tidak ada hujah selepasnya. Tidak ada kebenaran melainkan bersamanya. Tidak ada nur (cahaya) melainkan di sisinya. Tidak ada orang yang dapat mengalahkannya dan tidak akan dibantu orang yang menentangnya. Sesungguhnya beliaulah wali Allah di bumiNya, hukumNya pada makhlukNya dan orang kepercayaanNya di dalam semua keadaan. Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menerangkannya kepada kalian dan memahamkan kalian. Ini `Ali akan memahamkan kalian selepasku.Sesungguhnya manakala selesai ucapanku, aku menyeru kalian supaya melakukan bai`ah kepadaku sebagai tanda membai`ah `Ali dan memberi pengakuan kepadanya, kemudian memberi bai`ah kepadan selepasku. Sesungguhnya aku telah membai`ah kepada Allah, dan `Ali telah memberi bai`ah kepadaku. Aku memerintahkan kalian supaya melakukan bai`ah kepadanya daripada Allah A.W. FirmanNya “Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri sendiri” (Surah al-Fath 48: 10).Wahai manusia! Sesungguhnya Haji, Safa, Marwah dan `Umrah adalah di antara syi`ar-syi`ar Allah. “Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya” (Surah al-Baqarah 2: 158). Wahai manusia! Tunaikan haji di Baitullah ketika mampu dan janganlah kalian meninggalkannya melainkan tanpa kemampuan.Wahai manusia! Setiap mukmin yang berdiri di Mauqif dosanya yang lalu akan diampuni Tuhan. Dan apabila selesai hajinya, amalan (baru)nya dimulakan. Wahai manusia! Orang-orang yang menunaikan haji bersifat tolong menolong. Dan perbelanjaan mereka akan digantikan kerana Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang melakukan kebaikan. Wahai manusia! tunailah haji dengan sempurna dan memahami (hikmah)nya. Dan janganlah kalian pulang melainkan dengan taubat dan meninggalkan segala dosa. Wahai manusia! Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat sebagaimana Allah menyuruh kalian melakukannya.Jika masa berpanjangan, kalian mengabaikannya atau melupai-nya maka `Ali adalah wali kalian dan orang yang dapat menjelaskannya kepada kalian kerana Allah telah melantiknya selepask Dan sesiapa yang Allah A.W. memilihnya untuk menggantikan tempaku, akan memberitahu kalian persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh kalian dan beliau akan menerangkan kepada kalian apa yang kalian tidak mengetahuinya. Sesungguhnya halal dan haram adalah tidak terkira banyaknya. Akulah yang menyuruh melakukan perkara-perkara yang halal dan akulah yang melarang melakukan perkara-perkara yang haram. Di satu peringkat aku diperintahkan supaya mengambil bai`ah daripadakalian. Dan bai`ah kalian adalah dengan menerima apa yang aku bawa dari sisi Allah A.W. mengenai kepemimpinan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam selepasnya, di mana mereka adalah daripadaku dan daripadanya. Dan di kalangan mereka itulah Imam Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan kebenaran sehinggalah hari kiamat.Wahai manusia! Setiap yang halal aku telah menerangkannya kepada kalian. Begitu juga setiap yang haram aku telah melarang kalian dari melakukannya. Aku tidak akan bertolak ansur menge nainya dan aku tidak akan menukarkannya. Lantaran itu kalian hendaklah sentiasa mengingatinya, menjaganya, memberi nasihat dengannya. Jangan sekali-kali menukarkannya atau mengubahnya pula. Sesungguhnya aku ingin perbaharui kata-kataku: Dirilah solat, tunailah zakat, suruhlah mengerja kebaikan dan tegahlah kemungkaran. Sesungguhnya punca “menyuruh” kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah berakhir kepada kata-kataku dan kalian sampaikanlah kata-kataku ini kepada orang yang tidak hadir dan suruhlah dia menerimanya dan menegahnya dari menyalahinya. Kerana ia adalah perintah daripada Allah A.W dan daripadaku. Tidak ada amr ma`ruf dan nahyi munkar melainkan bersama imam yang maksum. Wahai manusia! Al-Qur’an telah memperkenalkan kalian bahawa para imam selepas `Ali ialah anak-anaknya. Dan aku telah memperkenalkan kalian bahawa dia (`Ali) adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya sehingga Allah berfirman di dalam kitabnya. “Dan dia menjadikan kalimat Tauhid itu kalimat yang kekal pada keturunannya” (Surah az-Zukhruf 43: 28) Dan aku berkata: Kalian tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya. Wahai manusia! Bertakwalah, bertakwalah! Berwaspadalah tentang kiamat, sebagaimana firman Allah A.W. “Sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang amat besar” (Surah al-Hajj 22: 1). Ingatlah mati, hisab, mizan, dan perhitungan di hadapan Allah Tuhan sekalian alam, pahala dan siksa. Sesiapa yang melakukan kebaikan akan diberi pahala dan sesiapa yang melakukan kejahatan, tidak ada bahagian syurga baginya.Wahai manusia! Sesungguhnya kalian yang ramai ini hendaklah memberi bai`ah kepadaku dengan tapak tangan yang satu. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku supaya mengambil pengakuan daripada kalian tentang perlantikan `Ali sebagai imam/pemimpin mukminin. Dan para imam yang datang selepasnya adalah daripadaku dan daripadanya sebagaimana aku telah memberitahu kalian. Sesungguhnya zuriatku adalah dari sulbinya. Justeru itu katakanlah: Kami mendengar, mentaati, meridai, mematuhi apa yang telah disampaikan oleh anda daripada Tuhan kami dan Tuhan anda tentang Ali dan para imam selepasnya adalah dari sulbinya. Kami memberi bai`ah kepada anda mengenai imamah `Ali dengan hati kami, diri kami, lidah kami dan tangan kami. Di atas pengakuan inilah kami hidup, kami mati kami dibangkitkan kembali. Kami tidak akan mengubah dan menukarnya. Kami tidak melakukan syak wasangka, kami tidak akan memungkiri janji, kami mentaati Allah, mentaati anda dan `Ali Amiru l-Mukminin dan para imam yang terdiri dari anak cucunya yang anda telah menyebutkannya daripada zuriat anda dari sulbinya. Selepasnya Hassan dan Husain di mana kedua-duanya aku telah memberitahu kalian tentang kedudukan kedua-duanya di sisiku dan kedudukan kedua-duanya di sisi Allah A.W. Sesungguhnya aku telah melaksanakannya kepada kalian. Sesungguhnya kedua-duanya adalah imam selepas bapa mereka berdua `Ali. Dan aku adalah bapa kedua-dua mereka sebelumnya. Katakanlah: Kami mentaati Allah tentang perkara tersebut (imamah), kami mentaati anda, `Ali, Hasan, Husain dan para imam yang disebutkan oleh anda dengan perjanjian yang kukuh dan ikhlas untuk Amiru l-Mukminin dari hati kami, jiwa kami, dan lidah kami, dengan “berjabat tangan” kami dengan orang yang melakukan kepada kedua-duanya (Nabi dan `Ali A.S) dengan tangannya dan mengakui kedua-duanya dengan lidahnya. Kami tidak akan mengubah pendirian kami selama-lamanya, Allah menjadi saksi terhadap kami. Dan cukuplah Allah menjadi saksi dan anda (Nabi s.`a.w.) juga menjadi saksi kepada kami. Malah setiap orang yang taat secara zahir danbatin, yang terdiri dari para Malaikat, bala tenteraNya, hamba-hambaNya. Dan Allah yang Maha Besar menjadi saksi.Wahai manusia! Apa pendapat kalian sesungguhnya Allah mengetahui setiap suara yang tersembunyi. Maka sesiapa yangmemilih petunjuk adalah untuk dirinya. Dan siapa yang sesat,sesungguh-nya dia memilih kesesatan itu. Dan siapa yang memberibai`ah kepada Allah, “tangan” Allah (kekuasaan Allah) di atas tangan-tangan mereka. Wahai manusia! Bertakwalah kalian kepada Allah dan berilah bai`ah kepada `Ali Amir al-Mukminin, Hasan, Husain dan para imam yang lain. Mereka merupakan kalimat yang baik selama-lamanya. Allah akan membinasakan orang yang mungkir janji dan akan memberi rahmat kepada orang yang menepati janji. “Barang siapa yang melanggar janjinya, nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa diri sendiri” (Surah al-Fath 48: 10). Wahai manusia! Katakanlah sebagaimana aku telah katakan kepada kalian dan ucaplah salam bahagia kepada `Ali bagi memimpin kaum mukminin. Katalah “Kami mendengar, kami taat, keampunan kamu wahai Tuhan dipinta dan kepada kamulah tempat kembali” (Surah al-Baqarah 2: 285). Dan katakanlah “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kamipetunjuk” (Surah al-A`raf 7: 43). Wahai manusia! Sesungguhnya kelebihan `Ali b. Abi Talib A.S adalah di sisi Allah A.W. Sesungguhnya Dia telah menurunkan kelebihannya di dalam al-Qur’an tidak terhitung banyaknya di satu peringkat. Lantaran itu siapa di kalangan kalian yang mengetahuinya, hendaklah mereka membenarkannya. Wahai manusia! Siapa yang mentaati Allah, RasulNya, `Ali dan para imam yang aku telah menyebutkan nama-nama mereka kesemuanya, maka ia akan mendapat kejayaan yang besar. Wahai manusia! Orang yang terdahulu memberi bai`ah kepada-nya, mematuhinya, menerimanya sebagai pemimpin mukminin, maka merekalah orang yang mendapat kejayaan di syurga. Wahai manusia! Katakanlah bahawa Allah tidak akan meridai kata-kata penentangan kalian. Sekiranya kalian mengingkari malah jika seluruh penghuni bumi ini mengingkarinya, tidak akan sekali-kali memberi sebarang kemudaratan kepada Allah S.W.T.Seterusnya al-Tabarsi menulis: Lalu orang ramai menyeru Rasulullah (s.`a.w.) sambil berkata: Kami mendengar dan kami mentaati perintah Allah dan RasulNya dengan hati kami, lidah kami dan tangan kami. Mereka datang berpusu-pusu kepada Rasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Lalu mereka berjabat tangan dengan Rasulullah (s.`a.w.) dan `Ali a.s. Orang pertama berjabat tangan dengan Rasulullah (s.`a.w.) ialah Abu Bakr, kedua `Umar, ketiga `Uthman, keempat Talhah, kelima Zubair, orang-orang Muhajirin, Ansar dan orang ramai menurut martabat mereka sehingga solat Maghrib dan Isyak dilakukan secara jamak dan berjamaah. Mereka meneruskan bai`ah dan berjabat tangan sebanyak tiga kali. Rasulullah (s.`a.w.) bersabda, setiap kali mereka melakukan bai`ah kepadanya; Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kelebihan kepada kami di atas sekalian alam.[]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s