AYATULLAH SYAHID MURTADHA MUTAHHARI

KISAH PERKAHWINAN AYATULLAH SYAHID MURTADHA MUTAHHARI

KISAH PERKAHWINAN AYATULLAH SYAHID MURTADHA MUTAHHARI

Sumber: Kisah ini diperolehi daripada isteri Ayatullah Syahid Murtadha Mutahhari yang disegani ramai

sumber buku : ” Tetamu yang Sedar ”

penulis: Muhammad Kherdmand, hal: 201

SYARIFAH SYUHADAH

 

” Lebih kurang 27 tahun sebelum kesyahidan Ustaz Murtadha Mutahhari saya hidup bersama dengannya sebagai pasangan suami isteri. Bapa saya Ayatullah Ruhani seorang ulama yang disegani di Khurasan dan sentiasa sibuk dengan urusan majlis pengajaran dan dakwahnya. Bapa saya seorang yang tawaddu’, beragama, penuh dengan ketaqwaan dan disegani ramai.

Ketika saya berumur 11 tahun, tanpa disangka-sangka saya telah melihat sebuah mimpi di dalam tidur saya. Di dalam mimpi tersebut, saya telah meluru masuk ke dalam bilik bapa saya dan di dalam bilik itu saya dapati terdapat sehelai kertas yang terjatuh ke lantai. Saya pun mengambil kertas tersebut dan kelihatan tertera nama saya di dalam kertas itu dengan tulisan ini : [ Fulani (nama saya) akan bernikah dengan Murtadha Mutahhari pada tarikh 29 hari bulan…. ]

Apabila saya tersedar daripada tidur, saya jadi terpegun dan timbul tanda tanya apakah maksud mimpi tersebut? Namun saya langsung tidak menyuarakannya pada sesiapa. Sehinggalah tempoh tersebut berlalu begitu sahaja. Tidak lama selepas itu, lamaran demi lamaran datang melamar namun ibu saya memberikan jawaban negatif kepada mereka dengan berkata: ” Selagi anak saya tidak menamatkan pengajiannya hingga ke akhir sekolah menengah tinggi, saya tidak akan membenarkan beliau berkahwin dengan sesiapa.”

2 tahun kemudian ( ketika saya berumur 13 tahun), pada tahun 1331 syamsi, bulan panas (Tabestan), Syahid Murtadha Mutahhari yang ketika itu sedang menuntut ilmu menjadi talabeh di Hauzah Ilmiah Qom, datang berkunjung ke rumah kami bersama ahli keluarganya untuk tujuan merisik dan melamar saya. Bapa saya menyambutnya dengan layanan baik dan memahami niat suci mereka itu lantas bersetuju lalu berkata kepada saya: ” Pada tahun lepas, saya telah pergi ke rumah beliau dan bertemu di dalam bilik beliau di Qom. Saya sangat mengenali peribadi beliau. Beliau seorang yang baik, bijak, mempunyai nilai akhlak yg tinggi serta seorang remaja mulia dan suci (tidak suka melakukan dosa).”

Namun ibu saya membantah lamaran ini habis-habisan. Ini kerana beliau bukanlah berasal daripada keluarga ulama dan ruhani malah beliau yang membesarkan saya, beliau tidak berapa senang jika saya turut berkahwin dengan seorang ulama ruhani. Beliau tetap dengan pendiriannya dengan berkata: ” Saya sama sekali tidak akan mengahwinkan anak gadis saya dengan ulama atau ruhani!

Selanjutnya, Syahid Muttahhari telah beberapa kali datang ke rumah keluarga saya dan mengajukan persoalan ini, tetapi ibu saya sentiasa memberi dalih dengan mengatakan anak saya belum lagi tamat belajar. Tetapi Syahid Mutahhari bertolak ansur dan terus merisik saya dengan berjanji akan membenarkan saya menamatkan pelajaran hingga ke akhir sekolah menengah tinggi. Akhirnya, ibu saya akur dan membenarkan beliau berkahwin dengan saya. Ketika ibu saya memberi kebenaran untuk berkahwin dengan beliau, tarikh ketika itu 23 hari bulan. Sejurus selepas itu, Syahid Mutahhari membuat keputusan dan mengajukannya kepada saya: ” 29 haribulan ini merupakan hari baik dan sesuai untuk akad pernikahan kita. “

Lantas pada 29 haribulan tersebut, kami pun bernikah dan sekarang saya menyedari maksud mimpi tersebut. Tidak lama selepas akad pernikahan kami yang diadakan di Qom, kami berpindah ke Tehran.”

Ustaz Syahid Mutahhari dan isterinya hidup bersama selama 27 tahun dan dianugerahkan Ilahi 3 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Ustaz di rumah merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang. Menurut kata isterinya, selepas beberapa tahun hidup bersama malahan semenjak malam hari pertama perkahwinan, kami tidak pernah lepas daripada kasih- sayang dan lemah – lembut beliau. Beliau juga merupakan tonggak utama di dalam keluarga saya sehinggakan sukar bagi kami untuk berpisah.

Tingkah-laku terhadap anak-anak sangat mesra dan akrab. Beliau sentiasa menggalakan anak-anaknya memilih jurusan mengikut bidang dan minat masing-masing, beliau tidak menggunakan kaedah memaksa dalam pilihan hidup anak-anak. Manakala dalam melaksanakan amalan-amalan wajib dan fardhu, beliau sangat menitik beratkannya dan selalu menggalakkan mereka di samping turut melaksanakannya dalam rutin harian beliau. Begitu juga dari segi memperlengkapkan pendidikan anak-anak, beliau sama sekali tidak culas atau cuai malah sentiasa memberikan galakan supaya mereka gemar membaca dan berkhidmat kepada masyarakat.

Anak lelakinya yang pertama bernama Mujtaba’ Mutahhari, beliau merupakan seorang tenaga pengajar bahagian pembangunan Warisan dan Kebudayaan. Manakala Dr.Ali Mutahhari sebelum kesyahidan bapanya, mengambil jurusan di dalam bidang kejuruteraan mekanikal tetapi selepas kesyahidan, beliau mengambil jurusan falsafah dan hingga kini masih menjadi tenaga pengajar di dalam bidang Teologi (Ilmu ketuhanan) di Universiti Tehran. Manakala masa selebihnya dihabiskan untuk menyusun dan mengatur penerbitan buku dan tulisan bapanya.

Anak lelaki bongsu bernama Muhammad Mutahhari, merupakan seorang jurutera elektronik dari Universiti Pembuatan/Perkilangan Syariff Tehran dan merupakan seorang talabeh hauzah Ilmiah Qom dengan mengambil kursus kuliah luar kampus. Manakala kesemua anak perempuan Syahid Ustaz Mutahhari merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

Semoga kisah kehidupan ulama tersohor ini menjadi teladan dan tauladan buat kita semua, InsyaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s