DUNIA BBC dicemuh, Al-Jazeera tarik penonton Amerika

KANAK-KANAK Palestin bermain dekat kawasan kediaman mereka yang musnah dalam serangan Israel di Jebaliya, Gaza.
KANAK-KANAK Palestin bermain dekat kawasan kediaman mereka yang musnah dalam serangan Israel di Jebaliya, Gaza.

Reaksi berbeza untuk stesen televisyen isu kemanusiaan Gaza

LONDON: Keengganan menyiarkan rayuan mengumpul dana untuk penduduk Palestin menyebabkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dikecam manakala Al-Jazeera mendapat perhatian penduduk Amerika Syarikat kerana menjadi stesen tunggal melaporkan serangan Israel di Gaza dari wilayah itu.

BBC mempertahankan pendiriannya sekalipun dikritik kerajaan Britain dan aktivis kemanusiaan atas alasan bimbang langkahnya akan dianggap berat sebelah selain meragui sama ada boleh menghantar bantuan secara berkesan ke Gaza.

Pendirian itu dikritik kerajaan Perdana Menteri, Gordon Brown dan kumpulan Islam, manakala beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun membantahnya, kelmarin.

Hanya BBC tidak menyiarkan rayuan Jawatankuasa Kecemasan Bencana (DEC). Tiga stesen saingannya sedia menyiarkan rayuan berkenaan.

Dalam satu blog di laman webnya, Ketua Pengarah BBC, Mark Thompson menulis: “Gaza masih menjadi satu cerita besar yang berterusan di mana isu kemanusiaan menjadi cerita utama dan terus dibahaskan.

“Kadang kala ia bukan tempat yang sesuai tetapi kami mempunyai satu tugas untuk memastikan bahawa tiada risiko yang terpaksa diambil. Ia bertujuan melindungi dan kami membuat keputusan sukar berkenaan,” kata Thompson.

DUA lelaki memakai topeng Presiden Mahmud Abbas (kanan) dan Ismail Haniya, pemimpin Hamas, bersalam sebagai simbol menggesa puak Palestin bersatu di perkampungan Bilin, Ramallah di Tebing Barat, kelmarin.
DUA lelaki memakai topeng Presiden Mahmud Abbas (kanan) dan Ismail Haniya, pemimpin Hamas, bersalam sebagai simbol menggesa puak Palestin bersatu di perkampungan Bilin, Ramallah di Tebing Barat, kelmarin.

DEC, kumpulan kebajikan membabitkan Palang Merah Britain dan Oxfam menegaskan perkara itu tiada kaitan politik dan mereka hanya melakukan tugas kemanusiaan.

Sementara itu, bilangan penonton Amerika bagi rangkaian Al-Jazeera versi Inggeris meningkat secara mendadak ketika kempen serangan Israel ke atas Hamas berikutan hanya stesen itu mempunyai wartawan yang melaporkan perkembangan secara langsung dari Gaza.

Penonton menontonnya melalui internet dengan memanfaatkan kemunculan media online seperti halaman web Twitter yang menyediakan maklumat terkini mengikut masa sebenar.

Ketika konflik selama 22 hari itu berakhir hujung minggu lalu, stesen berkenaan dan rangkaian berbahasa Arab stesen itu menyiarkan lebih banyak gambar berbanding media Amerika mengenai bilangan kematian serta kecederaan wanita dan kanak-kanak Palestin.

PENUNJUK perasaan membawa sepanduk mengecam pendirian BBC tetapi memuji Al-Jazeera dalam isu membantu penduduk Palestin di Gaza ketika membantah di London, kelmarin.

Secara keseluruhan video halaman web stesen itu menyaksikan kenaikan sehingga 600 peratus dari segi jumlah penonton di seluruh dunia ketika serangan Gaza dan kira-kira 60 peratus datangnya dari Amerika sendiri, berdasarkan bilangan dalaman stesen berkenaan sendiri. – AFP/AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s