Aktivis hak asasi Israel sokong dakwa pemimpin

Keluarga Khadr berkumpul dekat unggun api untuk mendapatkan haba memanaskan diri dekat kediaman mereka yang musnah diserang Israel di timur Jebaliya, Gaza.
Keluarga Khadr berkumpul dekat unggun api untuk mendapatkan haba memanaskan diri dekat kediaman mereka yang musnah diserang Israel di timur Jebaliya, Gaza.

Tubuh laman web siar profil, prosedur kes jenayah perang

BAITULMAQDIS: Satu kumpulan aktivis hak asasi manusia Israel yang tidak mahu dikenali, mewujudkan satu laman web yang memaparkan dakwaan jenayah perang pegawai kanan kerajaan dan anggota pasukan pertahanan (IDF) negara Yahudi itu, lapor akhbar di sini.

Pertubuhan hak asasi manusia yang bertanggungjawab berkenaan tidak dikenali, manakala pengasasnya juga enggan mendedahkan nama sejak mewujudkan laman web terbabit, http://www.wanted.org.il.

Laman itu memaparkan ‘arahan supaya menangkap’ pemimpin yang dituduh melakukan jenayah perang yang lengkap bergambar dan mempunyai maklumat peribadi.

Antara profil dalam web itu termasuk Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak; Perdana Menteri, Ehud Olmert; Menteri Luar, Tzipi Livni; Timbalan Menteri Pertahanan, Matan Vilnai; Menteri Keselamatan Awam, Avi Dichter; Menteri Infrastruktur, Benjamin Ben-Eliezer; Ketua Staff IDF, Gabi Ashkenazi dan dua bekas pemegang jawatan itu, Dan Halutz dan Moshe Ya’alon; bekas komander tentera udara, Eliezer Shkedy dan ramai lagi.

Laman web berkenaan juga menerangkan prosedur untuk memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague membabitkan masa dan lokasi ‘suspek’ terbabit di luar Israel.

Berdasarkan ‘perintah menangkap’ Barak di laman web itu tertulis: “Pada 27 Disember 2008, suspek mengarahkan serangan udara terhadap semua pusat penempatan Gaza.”

DARI kiri; Ehud Olmert, Ehud Barak dan Tzipi Livni.
DARI kiri; Ehud Olmert, Ehud Barak dan Tzipi Livni.

Serangan itu yang berlangsung 22 hari menyaksikan beratus-ratus serangan jet pejuang menggugurkan beratus tan bom di kawasan penduduk di Gaza termasuk penggunaan senjata kimia.

Kekejaman Zionis itu menyebabkan kematian 1,300 penduduk Palestin. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s