12 + 12 + 12 = Rahmat Allah

1_477139836lSiapa berani melawan pencerahan? Ramai yang berani Insya-Allah. Terutama kalau pencerahan yang dimaksudkan ialah untuk membebaskan manusia Islam dari institusi agama, memerdekakan manusia dari kuasa mutlak, dan memindahkan manusia dari monotheisme ke pluralisme. Kita akan berani menentangnya beramai-ramai. Memang, hujah-hujah di hadapan tadi wajar dihurai. Tetapi ruang perbahasan di blog ini sangat kecil. Mungkin, nanti saya akan menulis sebuah buku tentang ini, Insya-Allah.

Jadi, itu bergantung dengan apa maksud pencerahan yang disogokkan.

Kalau pencerahan itu ialah wilayah Allah, wilayah Rasulullah dan wilayah ulul amri, maka saya angkat tangan. Saya tidak berani. Gila apa melawan Tuhan. Itu sudah ateis. Gila apa melawan Rasulullah saw, itu jejak kebodohan Abu Jahal. Gila apa melawan ulul amri, itu jalur bengkok munafikin.

Sepanjang sejarah kewujudan manusia, ramai yang berani melawan pencerahan.

Kita baca al-Quran, ayat 87 surah al-Baqarah: “Apakah setiap datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu, lalu kamu angkuh maka beberapa orang di antara mereka para Nabi itu kamu dustakan, dan beberapa orang yang lain kamu bunuh.”

Wah, rasul-rasul datang membawa pencerahan, kok masih ada yang berani melawan?

Jawabnya, ya memang ada. Kerana definisi pencerahan mereka lain. Pada mereka menolak agama, atau melonggarkannya di sana sini itu lebih cerah. Mereka yang terlihat tradisionalis adalah gelap. Definisi ini adalah definis Abu Jahal. Kerana itu dia melihat Rasulullah saw sebagai ancaman. Kerana ketibaan baginda Nabi Muhammad saw menggelapkan habuan dunianya.

Dalam sejarah manusia memang banyak yang melawan pencerahan kalau begitu. Yahudi, nah ada juga suku Yahudi yang ingkar, ada juga yang taat. Bukan sahaja al-Quran menegaskan kejahatan mereka melawan pencerahan. Bible atau al-Kitab juga merakam tindak tanduk mereka ini, tindak-tanduk menyanggah pencerahan yang dibawa Nabi Musa a.s:

Lihat al-Kitab: ‘Hai bangsa yang tegar tengkuk. Hai kaum ular beludak, hai kaum keturunan ular beludak, hai kamu keturunan ular beludak. Bagaimanakah kamu dapat meluputkan diri dari hukuman neraka. Sebab itu, lihatlah aku mengutus kepadamu nabi-nabi, orang-orang bijak, dan ahli-ahli taurat, separuh di antara mereka kamu bunuh, dan kamu salibkan, yang lain kamu sesak (penjara) di rumah-umah ibadatmu, dan yang lainnya kamu aniaya dari kota ke kota.’ (1)

Tidak semua Yahudi perlu diperangi. Hari ini kita melawan zionis. Suku kaum bani Israel ada 12. Suku Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Naftali, Gad, Asyer, Isakhar, Zebulon, Dina, Yusuf, dan Benyamin. Dalam Bible, Kitab Keluaran ia disebut dalam bahagian 23 dan 24 pada ayat 3. Dan ini juga tidak bersalahan dengan ayat suci al-Quran, surah al-A’raf ayat 160:

‘Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: Pukullah batu itu dengan tongkatmu! Maka memancarlah darinya dua belas mata air. Seungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. Kami berfirman: Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu. Mereka tidak menganiayai Kami, tapi merekalah yang selalu menganiayai diri mereka sendiri.’

Dalam banyaknya suku itu, hanya Lewi yang diangkat Tuhan. Kerana apa? Kerana mereka tidak melawan pencerahan.

Bahawa Allah juga melantik 12 orang hawariyun iaitu pembantu untuk Nabi Isa a.s, bernama Simon Petrus, Andearas, Yakobos, Yohanes, Filipus, Barthilomios, Thomas, Matius, Barnabas, Tadheus, Semon Zelot dan Yudas Iskareot. Antara ramai-ramai itu Yudas Iskareot dipilih menjadi imam bagi Bani Israel.

Seperti itu jugalah, Nabi Ibrahim dilantik menjadi imam untuk seluruh manusia. Ini difirmankan oleh Allah swt sendiri dalam al-Baqarah ayat 124: ‘Dan ingatlah, ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia’. Ibrahim berkata: ‘Dan saya mohon juga dari keturunanku’. Allah berfirman: ‘Janjiku ini tidak mengenai orang yang zalim.’

Seperti itulah, Allah menunaikan permintaan Nabi Ibrahim setelah baginda banyak berkorban untuk agama Tuhan. Dan Allah utuskan nabi terakhir (pencerahan) dalam kalangan zuriatnya. Daripada Nabi Ibrahim, iaitu Nabi Ismail, baginda melahirkan pula 12 orang zuriat. Dan dari salah seorangnya itu, menjadi moyang Nabi Muhammad saw.

Seperti mana suku Lewi, seperti mana Yudas Iskareot terdapat juga suku pilihan Allah dalam kalangan Arab, iaitu Bani Hasyim.

Dan kawan-kawan, dari keturunan Rasulullah tersebut dipilih 12 kekasih Allah.

Rasulullah saw dalam sabdanya, ‘Sesungguhnya aku tinggalkan padamu sesuatu, yang apabila kamu berpegang teguh padanya kamu tidak akan tersesat (selamanya) sepeninggalanku, yang satu lebih agung dari yang lain, iaitu kitab Allah, penghubung antara langit dan bumi, dan itrah ahlul baitku, dan keduanya tidak akan terpisah sehingga berjumpa denganku di telaga al khaud. Oleh kerana itu perhatikanlah bagaimana kamu memperlakukannya keduanya.’ (2)

Apakah mungkin ini adalah definisi pencerahan? Iaitu Allah, Rasulullah dan para imam, yang terjelma dalam angka 12. Kerana, ia muncul berkali-kali dalam sejarah manusia. Seolah-olah satu kod yang perlu dirungkaikan!

Siapa berani melawan pencerahan? Atau, soalan yang lebih baik – siapa tidak bersama pencerahan?

Ramai tentunya. Kalau suku Lewi dijadikan himbauan; ada 11 menentang, hanya satu yang menerima pencerahan!

Ya, tapi itu bergantung kepada apa definisi pencerahan pegangan kawan-kawan sekalian. Mungkin, ada yang berakidah pencerahan itu macam nur atau cahaya. Cahaya yang banyak menjadi anwar. Bersangatan dan berbondong-bondonglah manusia mengikut cahaya yang terlalu cerah itu, sehingga larut dalam kesilauan cahaya.

Mungkin juga ada yang lebih nanar, pencerahan itu terlihat pada keupayaan mentakhtakan anarki. Kerana itu tidak hairan, ramai yang merasakan Osama Bin Laden, tersangat mencerahkan. Dia juga percaya dirinya begitu. Sedang lawannya, Amerika (George Bush) pula merasakan dirinyalah cahaya dan Bin Ladenlah kegelapan (evil).

Ada juga yang menemui pencerahan menerusi Shakespeare dan menjadikannya ‘imam’. Ada yang menjadikan Ayah Pin sebagai ‘imam’ malah ‘tuhan’.

Betapa celarunya!

Ya Allah Ya Rasul, apakah saya dalam 11, atau dalam yang satu itu. Alangkah takutnya kita berada dalam yang 11. Menjadi penentang pencerahan, menjadi manusia yang berani melawan pencerahan; menyebabkan kita membaca ayat ‘tunjukkan kami jalan yang lurus’ dalam al-fatihah, dalam setiap solat kita.

Bagaimanakah kita dapat memastikan kita bukan penentang pencerahan? Atau kita memang benar-benar mengikut petunjuk atau jalan yang lurus iaitu pencerahan.

Nah, ayat-ayat suci dari al-Quran, Bible dan hadis sahih tersebut wajar dijadikan pertimbangan. Tidakkah kita diwajibkan membaca sejarah kawan-kawan?

Suntingan: http://tehranifaisal.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s