Harapan untuk situasi

Kemudian daripada itu, sesungguhnya dunia ini telah memalingkan belakangnya dan memaklumkan perpisahannya, sementara dunia yang akan datang telah muncul ke depan dan memaklumkan mendekatnya ia. Sekarang adalah hari persiapan sedang esok adalah hari perlumbaan. Tempat yang dituju ialah syurga sedang tempat kembali adalah neraka. Tidak adakah seseorang yang akan bertaubat atas kesalahannya sebelum kematiaanya? Atau tidak adakah seseorang yang hendak berbuat kebajikan sebelum hari ujian?Ingatlah, anda berada di hari-hari harapan dan disebaliknya berdiri kematian. Barangsiapa beramal di hari-hari harapannya sebelum datang kematiannya, amalnya akan bermanfaat baginya dan kematiannya tidak akan merugikannya. Tetapi, orang-orang yang tidak beramal dalam masa harapannya sebelum datang ajalnya, amal-amalnya adalah sia-sia dan kematiannya adalah suatu kemudharatan baginya. Berhati-hatilah dan beramallah dalam masa ketertarikan sebagaimana anda berbuat dalam masa kengerian. Berhati-hatilah, saya belum melihat seseorang yang menghasratkan syurga tertidur, dan tidak pula seseorang yang berasa ngeri akan neraka terlelap.Ingatlah, orang yang baginya hak tidak bermanfaat, akan menderita sengsara dari kebatilan, dan orang yang tidak dikukuhkan oleh petunjuk akan terbawa oleh kesesatan ke arah kehancuran. Berhati-hatilah, anda telah diperintahkan untuk maju dan telah dibimbing bagaimana membekali perjalanan itu. Sungguh, hal yang paling menakutkan saya dan khuwatirnya tentang anda sekalian ialah mengikuti hawa nafsu dan berpanjangnya harapan. Berbekalkan untuk diri anda dari dunia ini yang akan menyelamatkan anda esok ( pada Hari Pengadilan ).

* Khutbah Amirul Mukminin ‘Ali bin Abi Thalib as

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s