Yazid bin Muawiyah yang membunuh al-Hussain putra Rasulullah adalah dari golongan ASWJ? huh!

Cita sempurna Saidina Hussein sesuai dicontohi

Oleh Hasliza Hassan
hasliza@bharian.com.my


DR SYED FARID (tiga dari kiri) bersama tertamu dari kiri Prof Madya Dr Syed Dawilah Al-Edrus, Syed Hassan Jaafar Shahab, Prof Datuk Dr Osman Bakar dan Zarina Nalla pada Majlis Bicara Tokoh anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) dan Institut Silsilah Assadah.

Konsep perjuangan cucu Rasulullah didik masyarakat sentiasa utamakan kebaikan

PERISTIWA Karbala bukan tragedi kerana umat Islam perlu melihat apa yang berlaku itu daripada perspektif lebih luas dengan mencungkil apa tersirat di sebaliknya iaitu satu bentuk syahadah untuk menegak kebenaran serta keadilan.

Ketua Jabatan Pengajian Melayu Universiti Singapura, Prof Madya Dr Syed Farid Alatas, berkata peristiwa berdarah yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 hijrah itu sebenarnya mempunyai kaitan jelas mengenai prinsip kepemimpinan yang relevan dengan suasana masa kini.

Katanya, nilai kepemimpinan yang ditunjukkan daripada ketokohan Saidina Hussein sepatutnya menimbulkan persoalan kepada pemimpin hari ini iaitu kategori pemimpin manakah mereka dan siapakah pemimpin dulu yang hendak dijadikan idola.

“Sejarah adalah iktibar dalam pelbagai bidang kerana perbincangan mengenai Saidina Hussein serta peristiwa berlaku di padang pasir bernama Karbala bukan untuk menimbulkan perselisihan tetapi membezakan yang mana benar dan mana salah.

“Perpisahan antara kebenaran serta kebatilan daripada peristiwa menjadi sejarah umat Islam itu mempunyai hubungan dengan keadaan umat Islam kini dan ini yang perlu diketengahkan supaya mencetuskan pemikiran di kalangan pemimpin,” katanya.

Beliau yang menyampaikan syarahan mengenai cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussein pada Majlis Bicara Tokoh anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam (IAIS) dan Institut Silsilah Assadah berkata dunia Islam sekarang sedang mengalami saat sukar berpunca daripada masalah kepemimpinan.

Justeru, beliau mencadangkan pemimpin supaya menerapkan ‘cita sempurna’ dalam pembinaan kepemimpinan berakhlak melalui perjuangan Saidina Hussein untuk memahami jenis manusia baru yang diperlukan pada zaman moden ini.

Memetik karya bapanya, Syed Hussein Alatas, Cita Sempurna Warisan Sejarah yang menjelaskan ciri pemimpin dalam Islam, Dr Syed Farid mengaitkannya dengan ketokohan Saidina Hussein serta sejarah melakar perjuangannya.

Katanya, umum jelas dengan kisah di sebalik pembantaian Saidina Hussein serta ahli rombongannya yang syahid di Karbala dan jika diteliti, cucunda Rasulullah SAW itu berhasil menunjukkan cita sempurna.

Cita sempurna adalah satu pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan mencapai masyarakat kesempurnaan. Cita itu juga menggerakkan usaha yang hebat bagi menjayakannya kerana dengan adanya cita sempurna dapat mengelak daripada melakukan perbuatan tidak baik.

Cita sempurna yang menguasai masyarakat akan menjadikan mereka suka kepada kehidupan yang baik, memuaskan, adil dan membenci semua perkara atau punca yang boleh menjurus kepada perkara mendatangkan kerosakan.

Lawan cita sempurna ialah cita bencana dan jika ciri itu tersebar luas maka orang dalam masyarakat tidak akan benci kepada amalan rasuah, ketidakadilan sosial, kelaparan, kejahilan atau apa saja yang boleh menghilangkan nilai murni dalam hidup mereka.

“Pemimpin perlu dipengaruhi oleh cita sempurna dan ini boleh diperoleh daripada cita sejarah yang mengandungi unsur moral tinggi. Jika cita sejarahnya tidak mengandungi unsur moral tinggi dan penuh dengan kemanusiaan, maka kesannya akan buruk serta berbahaya bagi masyarakat.

“Saidina Hussein adalah contoh pemimpin yang mempunyai cita sempurna dan sewajarnya dijadikan cita sejarah pemimpin hari ini supaya ciri kepemimpinan mereka adalah yang menggerak usaha meningkatkan moral serta akhlak,” katanya.

Dr Syed Farid berkata, Karbala adalah manifestasi pertentangan antara dua ciri kepemimpinan di mana Saidina Hussein ingin mengalihkan arus cita bencana yang muncul pada zaman Bani Umayyah kepada cita sempurna.

Katanya, Saidina Hussein enggan membuat perjanjian taat setia kepada kepemimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyyah kerana tidak bersetuju dengan ciri dimiliki beliau yang dikenali sebagai kaki minum, suka hiburan serta zalim kepada rakyat.

Apabila penduduk Kufah meminta beliau ke sana untuk memimpin mereka, jemputan itu diketahui Yazid yang kemudian menghantar pasukan tenteranya bagi menghalang Saidina Hussein sehingga berlakunya pertempuran meragut nyawa putera Saidina Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Rasulullah.

Kegembiraan Yazid atas kematian Saidina Hussein menunjukkan cita bencana dalam dirinya apabila beliau meletakkan kepala Saidina Hussein yang dipenggal di atas tombak serta diarak keliling kota Baghdad.

“Pertentangan Saidina Hussein dan Yazid adalah pertentangan antara cita sempurna dan cita bencana. Cita sempurna ialah ketokohan Saidina Hussein apabila tidak mahu membuat perjanjian taat setia dengan Yazid yang banyak melakukan kesalahan walaupun di adalah pemimpin ketika itu.

“Tidak mungkin Saidina Hussein membuat janji setia itu kerana Yazid bukan pemimpin yang baik dan mengaku taat setia bermakna cucu Rasulullah SAW sudah berkompromi dengan perkara bertentangan ajaran agama dan itu penghinaan kepada keturunan Rasulullah SAW.

“Oleh itu, apabila menyangkut kepada peristiwa di Karbala, kita boleh tanya dua soalan iaitu apakah jenis manusia yang menguasai masyarakat hari ini dan ciri pemimpin mana patut jadi cita sempurna untuk pemimpin zaman sekarang,” katanya.

Dr Syed Farid berkata, umat Islam seluruh dunia sedar bahawa mereka seharusnya memiliki cita sempurna dan memilih pemimpin zaman dulu yang cenderung menjadikan Islam sebagai rujukan dalam kepemimpinan mereka untuk dijadikan contoh.

Beliau berkata, pemimpin perlu daripada kalangan mereka berakhlak kerana tujuan akhlak untuk menggalakkan pemimpin mengambil serta mempunyai mutu kepemimpinan tinggi dan pada masa sama menarik jenis pemimpin yang sama dengan mereka.

“Pada saya, peristiwa Karbala bukan hanya untuk kita tahu apa yang sudah berlaku dalam sejarah atau membezakan antara yang benar dengan batil tetapi untuk mengambil pengajaran supaya dapat menjadi panduan kepada kita semua terutama pemimpin.

“Kita ingin pemimpin mempunyai cita sempurna yang ada pada tokoh pemimpin dalam sejarah Islam, bukan saja Saidina Hussein tetapi ramai lagi supaya mereka ada tujuan yang luhur. Pastinya kita tidak mahu pemimpin yang apa Allahyarham ayah saya panggil sebagai pemimpin yang ‘jadong’ iaitu jahat, bodoh dan sombong,” katanya.

About these ads

9 responses to “Yazid bin Muawiyah yang membunuh al-Hussain putra Rasulullah adalah dari golongan ASWJ? huh!

  1. Syiah Kufah sendiri telah mengaku mereka membunuh saidina husein sehingga mereka menggelarkan dirinya At Tawaabun(kononnya menyesali perbuatan mereka). Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

    Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

    “Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, ” Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh “Ketua Pemuda Ahli Syurga” kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa”. (Jilaau Al’Uyun, m.s. 430)

    Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al’Mu’minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, ” Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita “. Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, ” Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu “. (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran “At Tawaabun”.

    Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab’ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab’ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

    Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al’Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

    Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab’ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

    Lihatlah pula kepada Qais bin Asy’ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

    Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

    ” Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami “. (Jilaau Al’ Uyun, ms 391).

  2. Itu bezanya SYIAH dan SUNNI…. PEMIMPIN atau IMAM mereka selepas Nabi wafat hanyalah dikalangan yg dipilih oleh Allah dan Rasul-Nya shj. Karena agama ini agama Allah… dan kita sama sekali tidak berhak campurtangan di dalam agama-Nya yg suci.

  3. Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari shahabat Abu Hurairah z, bahwa ia menyatakan: Ketika Nabi r berada di majelis dan bicara di hadapan orang-orang, datang seorang Arab Badui seraya menyatakan, kapan hari kiamat? Tapi Rasul tetap meneruskan pembicaraannya, sehingga sebagian yang hadir menyatakan, beliau mendengar apa yang dikatakan tapi beliau tidak suka dengan apa yang dikatakan. Sebagian yang lain menyatakan beliau tidak mendengarnya. Sampai beliau menyudahi pembicaraannya lalu berkata: “Di mana orang yang bertanya tentang hari kiamat?” Maka penanya berkata: “Ini saya, ya Rasulullah.” Beliau berkata: “Jika amanah telah ditelantarkan maka tunggulah hari kiamat.” Ia menyatakan: “Bagaimana terlantarnya?” Jawabannya: “Jika sebuah perkara diserahkan kepada selain ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.”
    Dalam hadits lain terdapat ancaman kesesatan untuk yang tidak rujuk kepada ulama dalam fitnah. Sabdanya:
    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba akan tetapi mencabutnya dengan mewafatkan para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan lagi seorang ulama. Manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pimpinan, maka ditanyalah pimpinan-pimpinan itu sehingga berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amr)
    Mudah-mudahan dua hadits ini bisa mencegah kelalaian banyak kaum muslimin terhadap perkara tersebut.

    Fitnah Ibnu Muthi’

    “Sungguh benar-benar pada kisah mereka itu ada ibrah (pelajaran) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (Yusuf: 111)
    Dalam sejarah Islam, kejadian Al-Harrah adalah kejadian yang sangat masyhur sekaligus sangat menyedihkan. Orang yang mendengarnya niscaya akan berlindung kepada Allah I darinya. Mulanya ketika Yazid bin Mu’awiyah menjabat sebagai khalifah setelah ayahnya, tersebar berita-berita buruk tentangnya, khususnya berita tentang kemaksiatan-kemaksiatan yang dilakukannya. Sampailah berita itu kepada sebagian kaum muslimin, di antaranya Abdullah bin Muthi’. Mendengar hal itu, bangkit ghirah keagamaannya.
    Ringkas cerita, ia bertekad mencabut baiatnya terhadap Yazid dan melakukan kudeta. Maka ia mengirim utusan guna mengultimatum Yazid dan mengajaknya untuk taat kepada Allah I dan diberi waktu sampai tiga hari. Sepulangnya mereka ke Madinah, Abdullah bin Muthi’ bersama rekan-rekannya mendatangi Muhammad bin Hanafiyah, putra Ali bin Abi Thalib. Mereka menginginkan beliau untuk bersama-sama memberontak Yazid, tapi beliau menolaknya. Berkatalah Ibnu Muthi’: “Sesungguhnya Yazid minum khamr, meninggalkan shalat dan melanggar hukum Al Qur’an.”
    Muhammad bin Hanafiyah menjawab: “Aku tidak melihat apa yang kalian sebutkan pada dirinya. Dan aku pernah mendatanginya bahkan tinggal di sana, justru yang aku lihat dia selalu shalat, mencari kebaikan, bertanya masalah fiqh dan berpegang kuat dengan sunnah.”
    Mereka menyatakan: “Itu dibuat-buat karena dia di hadapanmu.”
    Jawabnya: “Apa yang dia takutkan atau yang dia harapkan dariku sehingga dia perlu menampakkan kekhusyukannya di hadapanku? Apakah dia menampakkan kepada kalian meminum khamr? Jika dia menampakkan kepada kalian yang demikian berarti kalian sama dengan dia. Tapi jika tidak, maka tidak halal bagi kalian bersaksi tentangnya sesuatu yang kalian tidak ketahui.”
    Mereka katakan: “Sesungguhnya menurut kami benar adanya walaupun kami tidak melihatnya.”
    Beliau menjawab: “Allah I menolak yang demikian pada orang yang bersaksi. Firman-Nya: ‘Kecuali orang yang bersaksi dengan Al Haq sedang mereka mengetahui’. Aku tidak ikut-ikutan urusan kalian sedikitpun.”
    Mereka katakan: “Mungkin engkau tidak suka kalau yang memimpin selainmu, jika demikian kami jadikan engkau pimpinan kami.”
    Beliau menjawab: “Aku tidak menghalalkan pemberontakan ini sebagaimana yang kalian inginkan dariku baik aku jadi pemimpin atau yang dipimpin.”
    Mereka katakan: “Dulu engkau ikut bersama ayahmu berperang (yakni melawan Muawiyah, semoga Allah I ridha pada mereka).”
    Jawabnya: “Datangkan kepadaku orang yang seperti ayahku. Aku akan memerangi seperti yang diperangi ayahku.”
    Mereka katakan: “Kalau begitu perintahkan dua anakmu Abul Qosim dan Qosim untuk berperang bersama kami.”
    Beliau menjawab: “Kalau aku perintahkan keduanya, aku juga akan berperang.”
    Mereka katakan: “Kalau begitu bangkitlah bersama kami untuk sekedar menganjurkan orang berperang bersama kami.”
    Beliau menjawab: “Subhanallah, apakah aku akan memerintahkan kepada orang-orang sesuatu yang aku tidak melakukan dan meridhainya? Kalau begitu aku tidak punya maksud baik pada hamba-hamba Allah I.”
    Mereka katakan: “Kalau begitu kami akan membencimu.”
    Beliau menjawab: “Kalau begitu aku akan memerintahkan manusia untuk bertakwa kepada Allah I dan tidak mencari ridhanya mahkluk dengan kemurkaan Allah I.” Lalu beliau pergi ke Makkah.
    Datang Abdullah bin Umar kepada Abdullah bin Muthi’, maka Ibnu Muthi’ menyatakan: “Berikan bantal kepada Abi Abdirahman (yakni Ibnu Umar).”
    Ibnu Umar menjawab: “Aku tidak datang kepadamu untuk duduk, akan tetapi aku datang untuk memberitahumu sebuah hadits yang pernah aku dengar dari Rasulullah r. Beliau bersabda: “Barangsiapa mencabut tangannya dari bai’at, ia akan bertemu Allah dalam keadaan tidak memiliki hujjah, dan barangsiapa meninggal sedangkan tiada bai’at di lehernya dia akan meninggal seperti meninggalnya orang-orang jahiliyah.” (Shahih, HR. Muslim bersama kisahnya)
    Ibnu Katsir menuturkan: “Ketika orang-orang Madinah keluar dari ketaatan Yazid dan menjadikan Ibnu Muthi’ dan Ibnu Handhalah sebagai pimpinan mereka, mereka tidak menyebutkan tentang Yazid -mereka adalah orang-orang yang sangat benci terhadapnya- kecuali bahwa Yazid minum khamr dan melakukan hal-hal yang kotor… Sedang Abdullah bin Umar c dan banyak dari keluarga Nabi tidak mencabut bai’at dari Yazid bin Muawiyah. Ibnu Umar bahkan mengumpulkan anak-anak dan keluarganya kemudian menyatakan: ‘Sungguh kita telah berbai’at kepada orang ini di atas bai’at kepada Allah dan Rasul-Nya dan sungguh aku mendengar Rasulullah r bersabda: “Sungguh orang yang berkhianat, nanti pada hari kiamat akan ditancapkan untuknya sebuah bendera, lalu dikatakan ini adalah pengkkhianatan fulan.” (Shahih, HR. Al-Imam Ahmad, Abu Dawud, dan At-Tirmidzi. Lihat Shahihul Jami’ 1682)
    Dan sungguh, termasuk pengkhianatan yang paling besar -selain syirik kepada Allah I- adalah seorang yang berbai’at kepada orang lain di atas bai’at kepada Allah I dan Rasul-Nya lalu ia membatalkannya. Maka janganlah seorangpun di antara kalian mencabut bai’atnya dari Yazid dan jangan seorangpun di antara kalian melampaui batas dalam masalah ini sehingga ini menjadi pemisah antara aku dan dia’.”
    Pada tahun 63 H sampai berita kepada Yazid bahwasanya orang-orang Madinah ingin memberontak dan keluar dari kepemimpinannya. Maka ia mengirim tentara yang cukup besar dengan perintah memerangi mereka yang dipimpin oleh Muslim bin Uqbah. Mereka diperingatkan untuk kembali taat kepada Yazid bin Mu’awiyah dalam waktu tiga hari. Jika tidak, mereka akan memasuki kota Madinah dengan pedang. Akhirnya tentara-tentara itu membunuh, merampas, dan menyingkap kehormatan wanita. As-Suyuthi menukilkan dari Al-Hasan Al-Bashri, ucapannya: “Demi Allah, hampir-hampir tidak ada seorang pun yang selamat darinya.”
    Beberapa shahabat meninggal dalam kejadian itu, di antaranya Buraidah bin Khushaib dan Ummu Salamah. (Bidayah dan Nihayah, 8/232-233, Wasiyat Kubra Ibnu Taimiyah hal. 45, Tarikh-Khulafa`hal. 237-238, Mu’amalatul Hukkam hal. 19-22)
    Sungguh menyedihkan kejadian itu. Kota Madinah yang Allah I muliakan, para shahabat yang Allah I ridhai, wanita-wanita yang Allah I kasihi, semuanya seakan tak bernilai dalam kejadian itu. Apakah sebab sebenarnya? Nampak jelas dalam kisah itu bahwa hal ini disebabkan mereka tidak mengambil nasehat para ulama dalam fitnah ini. Mereka lebih mengikuti dorongan semangat dan ghirah keagamaan yang tidak dilandasi dengan ketakwaan yang hakiki dan ilmu yang mapan. Jadikanlah kisah ini sebagai pelajaran.

    link http://asysyariah.com/bahaya-menyelisihi-ulama/

  4. pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid, tetapi adalah golongan Syiah Kufah.. dan rasa penyesalan itu akhirnya mereka saling membunuh diri atas dosa2nya ..

  5. orang syiah nak bunuh watpenya Hussein sebab memang syiah pengikut hussien yang minoriti ketika itu. pemerintah adalah yazid. ini adalah fitnah besar pemimpin pada masa itu kerana mereka berkuasa boleh mengubah aper saja..

  6. Dalam mencerita peristiwa pembunuhan Saidina Hussein (r.a) dan peristiwa antara Ali bin Abu Talib (r.a) dan Muawiya bin Abu Sufyan (r.a), kita harus berhati-hati kerana cerita-cerita ini banyak dipengaruhi oleh fitnah besar zaman berkenaan. Selamilah peribadi sahabat-sahabat nabi yang terlibat dan pandangan sahabat-sahabat dan tabiin. Teliti sumber dan bezakan antara fakta dan pandangan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s